NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

AKSB kenal pasti dalang sebar surat sulit



KOTA BHARU: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menubuhkan Jawatankuasa Panel Siasatan Dalaman bagi mengenal pasti dalang di sebalik penyebaran dokumen sulit di media sosial baru-baru ini.

Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti, Dato’ Sr Azami Mohd Nor berkata sehingga kini pihaknya belum dapat mengesan individu terbabit.

Kata, agensi milik kerajaan negeri itu sentiasa mengikut prosedur ditetapkan kerajaan dan pihak berkuasa termasuk proses tender projek agar tidak berlaku salahguna kuasa.

“Kalau ada dalam kalangan kakitangan kita, minta maaflah pasal benda ini melibatkan maruah kakitangan AKSB,” katanya selepas meninjau kerja-kerja penggantian paip lama di Desa Darul Naim di Pasir Tumboh hari ini. (Foto atas)

Hadir sama Timbalan Exco Abdul Rahman Yunus; Pengurus Besar Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Dr Nazmi Ghazali Azmi dan wakil Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB).

Baru-baru ini surat sulit berkaitan bayaran saguhati kepada Ahli Lembaga AKSB ditular di media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Ekoran itu AKSB membuat laporan polis berhubung kebocoran dokumen sulit tersebut.

Azami berkata perkara tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa susulan dua hantaran yang dimuat naik di Facebook oleh individu dikenali sebagai Wan Mahussin Wan Zain.

“Biar siasatan polis selesai dahulu, lepas itu mereka akan lapor kepada Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri.

“Kalau didapati bersalah tindakan akan dikenakan terhadap individu terbabit sama ada potong gaji atau buang kerja di bawah prosedur tatatertib dan sebagainya,” kata beliau. – HARAKAHDAILY 8/6/2023


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo