Tuntutan kerusi tambahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) diminta diberikan kepada Pakatan Harapan (PH) Kelantan.
PH Kelantan mempertikaikan tindakan UMNO-Barisan Nasional (BN) yang dilihat membolot beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam satu kawasan Parlimen, kata Pengerusi PH Kelantan, Muhammad Husain.
“Perlu diketahui bahawa terdapat tiga kerusi Parlimen yang memiliki empat kerusi DUN dan di setiap kawasan Parlimen ini, PH hanya memperolehi satu kerusi, manakala baki tiga kerusi lagi dituntut oleh BN.
“Oleh itu, selain daripada 14 kerusi yang sudah diperoleh hasil rundingan, wujud tambahan tuntutan sebanyak tiga kerusi DUN lagi oleh PH Kelantan, iaitu di Parlimen yang mempunyai empat kerusi DUN, menjadikan jumlah keseluruhan adalah 17 kerusi untuk PH.
“Adalah tidak munasabah apabila BN membolot tiga kerusi dalam Parlimen di Tumpat, Pasir Puteh dan Kuala Krai, sedangkan PH hanya mendapat satu kerusi DUN di Parlimen berkenaan,” katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi Parti Amanah Kelantan itu berkata pintu rundingan masih terbuka luas dalam suasana penuh harmoni dan semangat perpaduan.
“PH Kelantan optimis bahawa tuntutan tambahan kerusi ini adalah wajar dan melambangkan semangat perpaduan yang jitu dalam PH dan BN Kelantan,” katanya lagi.
Media sebelum ini melaporkan, dalam rundingan pembahagian kerusi bagi PRN Kelantan, 14 DUN akan ditandingi calon PH dan 31 lagi untuk calon BN.
Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Zawawi Othman, berkata pengagihan kerusi itu dibuat menerusi satu mesyuarat diadakan lebih seminggu lalu dan setakat ini, urusan berkaitan perkara itu tidak menimbulkan sebarang masalah.
Katanya, pembahagian kerusi di antara BN dan PH mencapai kata sepakat apabila PH hanya mahu 14 kerusi, manakala BN pula bertanding 31 kerusi.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment