NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

7 lelaki Pakistan ditahan disyaki terlibat pemerdagangan orang



Polis menahan tujuh lelaki warga Pakistan kerana disyaki terlibat dalam kes pemerdagangan orang, di sebuah apartmen di Taman Pandan Perdana, Ampang, di sini, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata kesemua mereka berumur antara 21 hingga 44 tahun itu ditahan pada pukul 5.30 petang oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, menurut laporan Bernama.

Beliau berkata polis menerima laporan daripada seorang mangsa lelaki yang juga warga Pakistan berusia 23 tahun telah dipukul oleh empat lelaki senegara yang merupakan ejen yang membawanya masuk ke Malaysia untuk mencari pekerjaan.

“Pasportnya juga telah dirampas serta mangsa dipukul dan diugut tidak dibenarkan keluar dari rumah, mangsa mengalami kecederaan sakit pada bahagian badan dan lengan serta tangan bahagian kiri.

“Semasa tangkapan, polis turut menyelamatkan empat mangsa lelaki warga Pakistan yang lain serta merampas 22 pasport Pakistan milik mangsa, lima beg pakaian, tiga telefon bimbit, serta batang penyapu yang digunakan untuk memukul mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata modus operandi mereka ialah melakukan tipu daya bagi warganegara asing dengan melakukan pekerjaan secara paksa.

“Semakan rekod jenayah terhadap semua tangkapan mendapati tiada rekod ditemukan manakala ujian air kencing ke atas tangkapan pertama hingga ketujuh negatif dadah.

“Kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula semalam hingga Isnin depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 iaitu memperdagangkan orang dengan maksud eksploitasi,” katanya.


Sumber I Agenda Daily 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo