Polis merampas sejumlah kotak mengandungi beg tangan mewah di sebuah apartmen mewah di Kuala Lumpur pada 2018. |
PETALING JAYA: Sebanyak 40 beg tangan mewah yang dikaitkan dengan dana 1MDB dengan nilai keseluruhan ratusan ribu ringgit akan dilelong, Dewan Rakyat diberitahu.
Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Azalina Othman Said berkata beg tangan itu antara harta hasil daripada penyelewengan dana 1MDB yang berjaya dilucuthak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Katanya, wang tunai serta wang dan faedah dalam beberapa akaun bank berjumlah kira-kira RM83 juta juga berjaya dilucuthak oleh pihak berkuasa.
“Wang berjumlah lebih kurang RM66.96 juta yang disita polis dimasukkan ke dalam akaun amanah khas Kementerian Kewangan manakala kira-kira RM16.06 juta yang disita SPRM dimasukkan ke dalam akaun hasil kerajaan.
“Sebanyak 40 buah beg tangan mewah yang telah dilucuthak masih dalam proses untuk dilelong,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat kepada Lim Lip Eng (PH-Kepong).
Lim bertanya apakah akan terjadi pada aset-aset hasil daripada penyelewengan dana 1MDB yang dirampas pihak berkuasa.
Pada Mei 2018, polis merampas 284 kotak mengandungi beg berjenama mewah dari sebuah apartmen di Pavilion Residences di Kuala Lumpur. Sebulan kemudian polis merampas kira-kira 40 beg mewah selepas menyerbu dua rumah.
Barangan yang dirampas dalam serbuan di enam kediaman yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Najib Razak dilaporkan bernilai antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment