NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

30,000 pelajar tidak duduki SPM adalah termasuk mendaftar satu mata pelajaran - Hui Ying

Timbalan Menteri Pendidikan kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN), Lim Hui Ying yang juga anak kepada veteran DAP, Lim Kit Siang.


Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying mengesahkan data 30,000 orang pelajar tidak menduduki peperiksaan SPM dipetik Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak salah.

Hui Ying berkata jumlah pelajar tidak menduduki SPM adalah seramai 29,663 daripada 388,832 pada 2022 dan menjelaskan data disebut PMX adalah termasuk calon yang berdaftar mengambil satu mata pelajaran.

“Tiada percanggahan angka yang disebut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ia menyenaraikan jumlah keseluruhan yang tidak mengambil peperiksaan termasuk calon mendaftar satu mata pelajaran sahaja.

“Apa yang dinyatakan bekas Menteri Pendidikan (Datuk Dr Radzi Jidin) mengenai hanya 14,858 atau 3.8 peratus calon tidak hadir peperiksaan adalah mereka berdaftar mengambil enam mata pelajaran termasuk calon persendirian,” katanya pada sidang Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Roslan Hashim (PN-Kulim-Bandar Baharu) yang ingin mengetahui percanggahan angka keciciran pelajar yang menduduki SPM 2022 yang disenaraikan Anwar dan Radzi.

Semalam, Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Dr Radzi Jidin mendakwa kenyataan Anwar mengenai 30,000 pelajar tidak menduduki SPM pada 2022 bercanggah dengan jumlah yang dilaporkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Reaksi balas Radzi itu dibuat sebagai respon terhadap kenyataan Anwar semasa dalam satu program di UKM pada 13 Jun yang mendakwa 30,000 calon SPM tidak menduduki peperiksaan dan mendakwa bekas Menteri Pendidikan itu tidak memantau isu tersebut.

“Yang kedua Perdana Menteri berkata Menteri Pendidikan pada waktu itu tidak pantau anak-anak yang ambil periksa.

“Dan hanya Fadhlina (Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek) bila masuk, dia bongkar. Bunyinya macam Perdana Menteri nak kenakan saya sepertimana yang disebut dalam laporan media tadi,” katanya pada sidang media semalam.

Jelasnya lagi, peperiksaan SPM sebenar bermula pada Februari sehingga Mac 2023 dan bukan sewaktu beliau menjadi Menteri Pendidikan.

“Peperiksaan bertulis SPM ini bermula pada 20 Februari hingga Mac dan sebelum itu peperiksaan amali.

“Peperiksaan ini berlaku bukan waktu saya, jadi macam mana saya nak pantau,” katanya lagi.

Radzi membidas Anwar supaya tidak bermain politik dalam isu pendidikan dan menggesanya membetulkan fakta sebelum membuat tuduhan terhadapnya.

“Sebab itu saya kata dalam konteks ini, kalau dah bermula nak politikkan situasi politik ini, kita boleh main politik.

“I can do this. Saya boleh main politik, boleh sentuh. Hari-hari berbagai perkara berkaitan dengan politik dalam pendidikan,” ujarnya lagi.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo