NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Wheelie' punya pasal, dua rakan masuk lokap


KUALA SELANGOR: Keghairahan dua penunggang motosikal menjadikan Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur, arah Kuala Selangor, di sini sebagai 'litar haram' memakan diri apabila ditahan polis, Sabtu lalu.

Kedua-dua lelaki berusia 20-an itu dikesan selepas video mereka menunggang secara berbahaya tular di laman Twitter.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, berkata kejadian itu berlaku di Kilometer 16 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur.

"Pada 8.48 pagi Sabtu lalu, polis menerima satu rakaman video melalui aplikasi Whatsapp berdurasi 0.23 saat dari Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang memaparkan dua penunggang motosikal menunggang dengan melulu.

"Mereka membuat aksi berbahaya dengan cara membuat 'wheelie' sambil berdiri di atas motosikal dengan satu kaki. Rakaman dikesan laman Twitter dan mendapat sebanyak 11 likes, 6 komen, dan 6 retweet," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ramli berkata, hasil penelitian video mendapati nombor pendaftaran kedua-dua motosikal dilihat jelas dan jenis motosikal digunakan adalah Yamaha Y15ZR.

"Rentetan itu, kedua-dua penunggang motosikal menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada jam 10 malam hari yang sama.

"Hasil semakan mendapati kedua-dua lelaki itu tidak mempunyai rekod lampau selain tidak mengambil barang larangan," katanya.

Ramli berkata, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Terdahulu, tular di laman sosial video memaparkan dua lelaki membuat aksi berbahaya ketika menunggang motosikal.



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo