KUALA LUMPUR: Pasangan beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun semakin hampir merangkul kejuaraan sulung Super 500 mereka pada final Malaysia Masters 2023 selepas menewaskan gandingan Indonesia Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin dalam kelompok empat terakhir hari ini.
Pada perlawanan terakhir di Arena Axiata, aksi gandingan Malaysia sukar diatasi pada awal permainan apabila mendahului dengan kelebihan tujuh mata dan berjaya menangkis serangan pilihan kelapan kejohanan untuk memenangi set pembukaan 21-17.
Set kedua menyaksikan kegigihan dan semangat juang Wei Chong-Kai Wun apabila mereka berusaha menyamakan kedudukan 4-4 selepas ketinggalan 1-4 serta mendahului lawan dengan 11-10 sebelum rehat.
Beregu bukan pilihan itu terus berdepan aksi sengit menentang pasangan Indonesia sebelum pukulan balas Marthin terkena jaring menyebabkan penyokong Malaysia bersorak riang apabila Wei Chong-Kai Wun meraih kemenangan 22-20.
- FMT
No comments
Post a Comment