PORT DICKSON - Menguruskan ekonomi negara perlu dilihat dalam perspektif menyeluruh kerana ia bukannya semata-mata ditentukan oleh nilai mata wang.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, banyak perkara perlu dilihat seperti pertumbuhan ekonomi, inflasi, kadar kutipan hasil negara dan fiskal defisit.
"Kita tak boleh terlalu reaktif kepada sesuatu yang berlaku, kerana contohnya turun naik kadar mata wang ini ia memberi kesan berlainan kepada ekonomi negara.
"Secara umumnya memang kita nak kadar mata wang kita kukuh, tapi buat masa sekarang dalam keadaan di luar kawalan kita, kita juga perlu guna peluang yang ada semasa mata wang yang rendah ini untuk kita kukuhkan perkara lain," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Sesi Libat Urus (SLU) Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025 (RMK ke-12) bersama Kerajaan Negeri Sembilan, di sini pada Selasa.
Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Ini kerana kata Rafizi, jika dilihat dari sudut lain, ia boleh menjadikan pendapatan negara lebih baik dalam soal mengeksport minyak dan barangan lain.
Jelasnya, sebahagian eksport negara akan menjadi lebih rendah sekaligus menjadikan ia lebih berdaya tahan.
"Dari segi eksport minyak misalnya, memang betul bila mata wang turun, lebih banyak wang yang akan masuk kepada kita.
"Tapi saya tak kata kita nak ia kekal rendah. 'Point' saya, dalam kita merancang dan mengurus ekonomi, kita perlu mengambil perspektif menyeluruh.
"Kita tak bolehlah, oleh kerana ribut sekejap, kita terus lari tinggal rumah kita. Masa ribut itu, kita perlu melaluinya," katanya.
Dalam pada itu beliau berkata, situasi kejatuhan nilai ringgit yang dihadapi negara ketika ini tidak boleh disamakan ketika ia berlaku pada zaman Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri.
Ini kerana jelas Rafizi, pada waktu itu, negara terpalit dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga menjejaskan keyakinan masyarakat antarabangsa kepada negara.
"Situasi itu berbeza dengan zaman Najib, kerana waktu itu contohnya tidak melibatkan ketidaktentuan yang ada macam sekarang.
"Zaman itu juga dari segi keyakinan masyarakat antarabangsa kepada ekonomi negara kita memang ada masalah kerana dibebankan dengan skandal 1MDB, tapi sekarang ia tiada lagi," katanya.
Sumber I Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
hahaha
ReplyDelete