NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO terima penyertaan semula Isa Samad yang terpalit kes rasuah

Bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.




Permohonan Tan Sri Mohd Isa Abd Samad sudah diterima UMNO dan mengesahkan penyertaan semula bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu.

Pengesahan permohonan menerima kembali bekas Pengerusi FELDA, Mohd Isa yang sudah dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta itu diumumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Asyraf berkata, mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, semalam meluluskan keahlian Mohd Isa.

“Ya, saya sahkan keahlian Tan Sri Mohd Isa ke dalam UMNO diluluskan oleh Majlis Kerja Tertinggi semalam


“Bagaimanapun, saya belum sempat ke pejabat untuk keluarkan surat keahlian kerana mesyuarat habis lewat malam tadi, tapi saya sahkan keahlian itu,” katanya dipetik laporan BH.

Asyraf ditemui di Wisma UMNO Negeri Sembilan hari ini.

Mohd Isa, 74, mengumumkan keluar UMNO pada 27 September 2018 untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson sebagai calon Bebas ketika Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan calon.

Sementara itu, Mohd Isa ketika ditemui di lokasi sama, mengucapkan terima kasih kepada MT yang meluluskan keahliannya dalam parti itu.

“Ketika orang lain keluar, saya masuk UMNO.

“Mereka tak kenang jasa UMNO, sebab itu saya ingin terus kekal dalam UMNO,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, menyifatkan kemasukan semula Mohd Isa dapat membantu parti menjelang PRN tidak lama lagi.

“Saya memang mengharapkan bekas pemimpin UMNO kekal dalam parti ini untuk menguatkan parti,” katanya.

Pada Februari 2021, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara masing-masing enam tahun bagi sembilan pertuduhan dihadapi Mohd Isa selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dalam semua sembilan pertuduhan yang dihadapi tertuduh.

Mohd Isa didapati bersalah atas tuduhan rasuah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, tujuh tahun lalu.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo