NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Umno Kena Berani Desak Zahid Undur, Diam-diam Zahid Jual Umno kepada Dap Melalui Anwar


1. PENDEDAHAN Tajuddin Rahman bukan setakat mengulangi dan mengesahkan pendedahan Saifuddin Nasution dan Shamsul Iskandar (PKR) serta Tan Sri Anuar Musa (UMNO) mengenai hubungan terlarang Zahid dengan DAP (melalui Anwar) yang disembunyikan kepada ahli-ahli UMNO di seluruh negara.

2. Ahli-ahli UMNO ditipu bulat-bulat. Bulat-bulat dibodohkan oleh Zahid konon ‘No Anwar No DAP’ tetapi di belakang tabir Zahid menandatangani persetujuan melantik Anwar sebagai PM dan sekaligus DAP sebagai Kerajaan Bersama.

3. Ahli-ahli UMNO seluruh negara perlu bangun mengadakan mesyuarat tergempar memecat Zahid drpd institusi kePresidenan UMNO. Itu cara UMNO, jika UMNO Pusat tidak mahu berubah, 130 UMNO Bahagian boleh mendesak parti menurunkan Zahid yang sudah lari dari prinsip asal perjuangan UMNO.

4. Tidak ada keuntungan memiliki Presiden yang lemah. UMNO kena belajar dari sejarah. Tewas pada tahun 2018 kerana Najib tidak mahu turun. Kali ini UMNO juga boleh tewas besar kerana Zahid liability kepada UMNO dan kepada Negara. Bagaimana hendak berhadapan dengan orang kampung dan rakyat atas pagar dengan poster Zahid yang penuh kes Rasuah di Mahkamah.

5. Ahmad Maslan jangan terikut2 kebobrokan  Zahid,  kemenangan UMNO di Melaka, Johor dan Sabah bukan kerana Zahid. Di Sabah, Zahid lari daripada perjuangan balik ke KL, memboikot program-program UMNO, tidak mahu hadir majlis perasmian manifesto PRN Sabah, membiarkan Datuk Bung Mokhtar terkontang-kanting keseorangan di pentas. Pada masa itu Zahid sudah dibuai-buai oleh Anwar untuk tubuh Kerajaan Bersama (UMNO-PKR-DAP)

6. Ahmad Maslan tolong jaga CGPA, di Melaka dan Johor jika muka Zahid diletak poster boy alamat kalah besar UMNO. Di Johor peranan Raja-Raja Johor di mana hari pertama lagi suara Istana mahu UMNO menang sekurang-kurangnya 42 kerusi dan UMNOBN menang 41. Bangsa Johor taat pada Raja-Raja bukan taat kepada Zahid dan Ahmad Maslan. Poster Keluarga Malaysia PM jua yang sejuk mata memandang.

7. Pendedahan Tajuddin bahawa Najib dan Tok Mat mahu menjatuhkan Zahid dari dalam bukan lagi hear say tetapi sahih dan nyata. Tajuddin jadi saksi hidup.

8. Di sinilah lemahnya Zahid. Jika dia tahu Najib dan Tok Mat ada gerakan dalaman menjatuhkannya, sepatutnya dia beralih arah dan memberi sokongan kuat kepada Perdana Menteri.

9. Sokongan UMNO di grassroot tidak dinafikan solid. Malangnya kepimpinan Presiden UMNO lemah. Zahid terpaksa mengharap belas ihsan Najib. Zahid terpaksa berkompromi dengan Anwar dan DAP dari belakang. Zahid tidak disokong penuh Ketua-Ketua Bahagian. 130 Ketua Bahagian menolak Zahid.

10. UMNO Bahagian dan Cawangan perlu bangun betulkan keadaan UMNO. UMNO ditubuhkan bukan untuk berkompromi dengan DAP melalui Anwar. Dalam politik, DAP adalah musuh politik UMNO kerana dasar mereka Malaysian Malaysia akan menjahanamkan orang Melayu Raja-Raja dan agama Islam.

11. Pelajari era 22 bulan DAP memerintah, penjawat-penjawat awam Melayu dipecat, orang-orang Cina DAP setakat SPM dan Diploma  diberi jawatan-jawatan bergaji Jusa oleh Lim Guan Eng, sekolah-sekolah Cina yang kaya dan besar diberi lagi dana pintu belakang sedangkan dalam Perlembagaan Persekutuan tidak disebut, Menteri Dr. Mazslee jadi patung sebaliknya Timbalan Menteri direct jumpa LGE mohon kelulusan. Raja-Raja diperlekehkan dalam Dewan-Dewan Undangan Negeri, buku Sejarah diubah dan paling sadis bangsa Melayu hanya layak dapat RM30 sebulan. Bersyukurlah kata Lim Guan Eng.

12. Apa tujuan Tun Dr. Mahathir bersetuju menjadi PM Kerajaan PH(2018) dan terpaksa melantik DAP jadi Menteri Kewangan selama 22 bulan sahaja? Supaya kita sedar, kita rasai, kita nampak, jika mereka diberi kuasa lebih sedikit, mereka boleh buat lebih banyak lagi termasuk mengaut beratus juta wang terowong yang tidak dibuat pun. Di Mahkamah, didedahkan Lim Guan Eng senyum gembira setiap kali menerima RM100,000.00

13. Kita tidak benci Cina Malaysia kerana mereka kawan-kawan kita, tetapi DAP rasis seperti Tan Kok Wai, Teresa, Teo Nie Ching, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Tony Pua, Ronnie Liew, Ngeh Koo Ham mereka punya dasar mensisihkan bangsa Melayu secara perlahan. Perhatikan Pulau Pinang, sedikit demi sedikit orang-orang Melayu berhijrah ke Seberang Perai. Bagaimana mereka lakukan? Fikir-fikirkanlah. Adakah mereka Patriotik! Berpuluh-puluh tahun mereka duduk di Malaysia, Cina DAP tidak boleh bertutur dalam Bahasa Kebangsaan tempat di mana mereka mencari makan. ‘Halap Jangan Terbulu-Bulu’.

14.  Tetapi inilah si Zahid mahu berkompromi dengan Kerajaan Bersama DAP melalui Anwar!

15. Bangunlah Bangsa Johor, bangunlah Bahagian-Bahagian UMNO, tukar Zahid tidak akan menenggelamkan kapal besar UMNO. Sebaliknya membiarkan Zahid mengemudi UMNO akan merosakkan dan membocorkan kapal UMNO dalam PRU15.

Fikir-fikirkanlah.

AHLI UMNO 1990


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo