NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Turki adakan pilihan raya penentu esok pilih presiden

Recep Tayyip Erdogan akan bertembung sekali lagi menentang lawan utama, Kemal Kilicdaroglu, dalam saingan jawatan presiden Turki. (Gambar AP)

ANKARA: Turki akan melaksanakan pilihan raya penentu pada Ahad untuk memilih presiden selepas tiada calon memperoleh 50% undi pada pemilihan pusingan pertama, 14 Mei.

Undian bermula pada 8 pagi waktu tempatan (0500GMT) Ahad dan berakhir 5 petang (1400GMT).

Lebih 60 juta pengundi berdaftar layak mengundi, termasuk 4.9 juta pengundi kali pertama dan sebanyak 191,885 peti undi disediakan, lapor Agensi Anadolu.

Menurut Majlis Pilihan Raya Turki, lebih 1.89 juta pengundi – sebanyak 1,895,430 telah mengundi di kedutaan dan pintu pemeriksaan kastam setakat 10 pagi waktu tempatan (0700GMT), pada Khamis.

Pengundian di misi diplomatik berakhir pada Rabu, manakala pengundian di pintu pemeriksaan kastam berakhir 5 petang waktu tempatan (1400GMT) Ahad.

Pada pilihan raya 14 Mei, seramai 1,839,470 rakyat Turki di luar negara keluar mengundi.

Presiden Recep Tayyip Erdogan menyeru orang ramai keluar mengundi.

“Esok, mari kita pergi mengundi bersama-sama untuk ‘kejayaan besar Turki’. Mari kita realisasikan hasrat yang telah dizahirkan di Parlimen pada 14 Mei untuk presiden memperoleh mandat lebih kukuh kali ini,” kata Erdogan di Twitter.

Berjuta pengundi keluar mengundi pada 14 Mei untuk memilih presiden negara itu dan 600 Ahli Parlimen.

Pada pilihan raya pusingan pertama Erdogan mendahului dengan 49.52% dan pada pusingan penentu beliau akan berdepan ketua pembangkang dari Parti Rakyat Republikan (CHP), Kemal Kilicdaroglu.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo