Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. |
Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan ada beberapa pihak menghubungi dan menemuinya bagi membuat tawaran sama seperti yang didedahkan Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebelum ini.
Dakwa Tuan Ibrahim, tawaran menyertai kerajaan perpaduan itu disampaikan wakil kerajaan yang bertemu dengannya sendiri.
“Pertama saya sahkan apa yang dinyatakan oleh presiden, bahkan mereka (wakil kerajaan perpaduan) juga bertemu dengan saya menyampaikan tawaran itu.
“Namun kami nyatakan pendirian kekal bersama Perikatan Nasional (PN) sebagaimana janji semasa kempen dan kami tidak akan berbohong dengan pengundi,” katanya, lapor BH.
Pengesahan itu dibuat dua hari selepas pendedahan Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi PN berkait tawaran kerjasama dalam kerajaan campuran PH-BN tersebut.
Menurut Abdul Hadi tawaran dibuat individu penting dalam kerajaan campuran itu atas alasan parti Islam tersebut memiliki kerusi paling banyak jika dibandingkan parti-parti lain seperti DAP, PKR dan UMNO.
“PKR 30 sahaja, dalam keadaan itu 19 kerusi PKR Melayu, DAP tiga orang Melayu, kerajaan didominasi oleh bukan Melayu,” kata Ahli Parlimen Marang itu.
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata tawaran itu hadir susulan data menunjukkan sokongan pengundi Melayu kepada PN jauh mengatasi PH.
“Itu pun dalam situasi rakyat ditipu dengan janji BN tidak akan bersama Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan DAP, demikian juga janji PH tidak akan bersama BN.
“Bahkan Anwar menyatakan kalau harapkan untuk melihat gabungan dengan BN , sila cari presiden lain daripada beliau. Ini kenyataan semasa kempen,” katanya.
Sebelum ini, Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidimelenting susulan pendedahan Abdul Hadi dan menemplak Ahli Parlimen Marang itu agar tidak perasan ditawarkan kerjasama tersebut.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment