NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tapisan politik: Telegram tetap tidak mahu terlibat

Menurut Remi, moderator platform Telegram memantau segmen awam di aplikasi mesej itu secara proaktif.


Telegram tetap bertegas dengan pendiriannya untuk tidak terlibat dalam ‘sebarang bentuk penapisan politik’ sekali gus menolak kerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).

Jurucakapnya, Remi Vaughn berkata pihaknya sudah pun memainkan peranan mengawal selia isi kandungan yang memudaratkan di platformnya, termasuk berhubung penjualan bahan haram dan pornografi.

“Namun Telegram tidak akan terlibat dalam sebarang bentuk penapisan politik,” kata Vaughn seperti dilaporkan New Straits Times.

Semalam, Menteri KKD, Fahmi Fadzil mendedahkan Telegram masih gagal untuk bertemu dan bekerjasama dengan pihak berkuasa negara walaupun sudah beberapa kali dipanggil oleh KKD, tahun ini.

Kata Fahmi, Telegram mungkin berdepan tindakan jika terus tidak bekerjasama dengan kementeriannya dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan meneliti perkara itu bagi mengetahui tindakan seterusnya.

Sementara itu, Remi dalam laporan itu berkata moderator platformnya memantau segmen awam di aplikasi mesej itu secara proaktif.

Katanya, aduan pengguna yang diterima melalui aplikasi dan e-mel aduan – abuse@telegram.org juga dipantau dengan teliti agar kandungan yang melanggar terma perkhidmatannya dapat dibuang.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo