NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tanah Rizab Melayu (TRM) di Terengganu 'HILANG' ketika UMNO memerintah, bertambah di zaman di PAS

TANAH RIZAB MELAYU (TRM) DI TERENGGANU 'HILANG' KETIKA UMNO MEMERINTAH, BERTAMBAH DI ZAMAN PAS

Jumlah Keluasan Tanah Rizab Melayu Terengganu jika kita lihat dari awal 50-an adalah seperti berikut :

1955 - 1,257 hektar
1983 - 107 hektar
1998 - 95 hektar. 

Lihat bagaimana Tanah Rizab Melayu tidak dijaga dengan baik pada zaman itu. Tak sampai 100 hektar pada 1998. Kemudian pada 2004, iaitu selepas PAS mengambil alih kerajaan pada 1999, Tanah Rizab Melayu meningkat.

2004 : 118.21 hektar. 

Tanah Rizab Melayu berjaya dinaikkan sedikit pada ketika itu. Lebih tinggi dari tahun 1983. 

2004-2018 : 118.21 hektar.

14 tahun ketika UMNO menjadi kerajaan, tiada sebarang peningkatan Tanah Rizab Melayu. Kekal 118.21 hektar. Tiada niat langsung nak naikkan tanah Rizab Melayu Terengganu. 

Tahun 2018. 

PAS berjanji dalam manifesto untuk menaikkan Tanah Rizab Melayu dari 118 hektar kepada 1,000 hektar. Alhamdulillah ia berjaya dilunaskan.

Tahun 2021 jumlah Tanah Rizab Melayu dinaikkan sebanyak 1,959 hektar. Lebih banyak dari tahun 1955 (1,257 hektar) dan lebih banyak dari target asal (1,000 hektar). 

Ini adalah fakta kejayaan PAS di Terengganu yang ramai tak sebut, hanya sibuk isu kecil seperti dana raya sahaja.

Ada masa kita cerita bab lain pula.

Repost.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo