NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tahanan Palestin mogok lapar meninggal dunia dalam penjara Israel



BANGI, Selasa – Seorang tahanan yang juga tokoh tertinggi dalam kumpulan Jihad Islam di Tebing Barat yang merupakan warga Palestin dilaporkan meninggal dunia dalam tahanan hari ini selepas melakukan mogok.

Menurut Perkhidmatan Penjara Israel, mangsa dikatakan memulakan mogok lapar pada 5 Februari lalu dan disahkan meninggal dunia pagi ini. 

“Seorang tahanan keselamatan negara, disyaki ahli gabungan Jihad Islam, (yang) memulakan mogok lapar pada 5 Februari lalu meninggal dunia pagi ini,” kata pihak penjara dalam satu kenyataan media.

Sementara itu, Sumber Jihad Islam memberitahu, identiti tahanan yang meninggal dunia dalam tahanan itu dikenali sebagai Khader Adnan, 45 yang merupakan seorang tokoh terkemuka dalam kumpulan itu di Utara Tebing Barat.

“Perjuangan kami berterusan dan musuh akan menyedari sekali lagi bahawa jenayah mereka tidak akan berlalu tanpa tindak balas.

“Penentangan akan diteruskan dengan segala kekuatan dan keazaman,” kata Jihad Islam Palestin dalam satu kenyataan.

Khader dilaporkan meninggal dunia dalam tahanan penjara Israel selepas tiga bulan melakukan mogok lapar.

Mangsa juga dikatakan enggan untuk menjalani rawatan atau menerima sebarang rawatan perubatan.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Israel mengatakan bahawa Khader juga dipindahkan ke Hospital selepas usaha untuk menyelamatkannya gagal sebelum disahkan meninggal dunia.

Sehubungan itu, peguam Adnan, Jamil Al-Khatib menuduh Israel cuai dalam perubatan.

“Selepas 36 hari Adnan ditahan, kami menuntut dia dipindahkan ke hospital awam supaya dia boleh diberikan rawatan susulan dengan betul.

“Malangnya, Israel tidak melayan permintaan itu, malah bersikap keras kepala selain penolakan daripada pihak berkuasa penjara Israel,” katanya.

Khader Adnan berasal dari bandar Jenin yang juga diduduki oleh tokoh Jihad Islam yang terkenal di Tebing Barat yang ditawan oleh Israel pada Perang 1967.

Seperti pemimpin Hamas Islam, Jihad Islam menentang perjanjian damai antara Palestin dan Israel serta menyokong pemusnahan Israel. – AGENSI



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo