NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sukan SEA Kemboja 2023: Skuad badminton buru misi ke final

Leong Jun Hao antara wakil negara yang layak ke pentas separuh akhir esok. - Foto oleh AMIR KHALID


PHNOM PENH – Skuad badminton negara harapkan ‘magis’ dalam usaha menambah kilauan pingat kontinjen Malaysia pada temasya Sukan SEA Kemboja 2023 apabila sebanyak lima wakil berjaya menempah slot ke pusingan separuh akhir esok.

Paling mencuri tumpuan adalah kemaraan dua pemain perseorangan lelaki negara, Lee Shun Yang dan Leong Jun Hao selepas unggul untuk mengatasi lawan masing masing di peringkat suku akhir petang tadi.


Shun Yang berjaya bangkit untuk mengenepikan Panitchapon Teeraratsakul dari Thailand dengan keputusan 18-21, 21-19, 21-17, sementara Jun Hao mudah mengatasi pemain Filipina, Jewel Angelo Albo dengan keputusan 21-22, 21-10.


Bagaimanapun, mereka perlu melepasi pilihan utama Indonesia di peringkat separuh akhir esok.

Cabaran getir buat Shun Yang apabila dijadualkan bertemu pilihan pertama kejohanan, Chico Aura Dwi Wardoyo, sementara Jun Hao mungkin bawa bekalan psikologi apabila menewaskan Christian Adinata di Kejohanan Cabaran Antarabangsa Malaysia pada 2019.

“Sebenarnya, ketika tewas dua perlawanan dalam saingan berpasukan lelaki tempohari, saya berasa agak sedih dan kurang keyakinan diri, tetapi untuk perlawanan hari ini saya cuba bermain dengan mengeluarkan segala perkara yang saya miliki.

“Saya sebenarnya tiada tekanan menentang Chico kerana saya akan turun sebagai underdog, jadi saya hanya akan cuba tampilkan aksi yang terbaik.

“Mungkin saya akan minta tips daripada Jun Hao memandangkan di baru sahaja menewaskan Chico tempohari dalam final berpasukan lelaki, sebab nampak Jun Hao lebih yakin ketika membuat serangan ke atasnya, ” kata Shun Yang.

Sementara itu, turut mengesahkan slot di separuh akhir adalah beregu campuran negara Yap Roy King-Cheng Su Yin selepas mereka menumpaskan wakil tuan rumah Vannthou Vath-Kimloung Lim 21-5,21-3 hany dalam tempoh 16 minit saja.

Roy King-Su Yin bakal menentang wakil dari Thailand Pakkapon Teeraratsakul-Phataimas Muenwong selepas beregu itu menumpaskan pasangan dari Filipina Alvin Morada-Alyssa Ysabel Leonardo 21-11, 21-14 di peringkat suku akhir. – KOSMO! ONLINE




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo