Skuad 4x400m negara dibarisi Muhammad Firdaus Zemi, Ruslem Zikry Putra Roseli, S. Tharshan serta pemegang rekod kebangsaan yang baru, Umar Osman berjaya melakar catatan 3 minit 8.820 saat (s) untuk mengakhiri saingan di tangga ketiga.
Emas milik Filipina apabila melakar masa 3 minit 7.220 s, sementara pingat perak diraih kuartet Thailand.
Ia kejayaan yang membanggakan untuk kuartet negara apabila kali terakhir Malaysia memperoleh pingat dalam acara ini adalah ketika edisi 2013 di Myanmar.
“Sebenarnya saya tidak kisah apa jua warna pingat yang kami bawa pulang, janji saya hendak tolong rakan-rakan saya untuk dapat masuk dalam program.
“Ini merupakan satu petanda aras yang baik, kami sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab di pentas Sukan SEA,” kata Umar sebentar tadi,
Bagaimanapun impian untuk melihat kuartet 4×400 wanita negara mengikut jejak skuad lelaki tidak kesampaian apabila mengakhiri perlumbaan di tempat terakhir. – KOSMO! ONLINE
No comments
Post a Comment