Setiausaha Agung Perikatan Nasional yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, Datuk Seri Hamzah Zainudin membidas PMX surpaya berhenti mengigau kerana sudah menjadi ketua kerajaan sekarang. |
Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu berhenti daripada membuat dakwaan kononnya terdapat usaha untuk menjatuhkan kerajaan campuran, kata Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) membalas dakwaan Perdana Menteri (PMX) kononnya terdapat usaha untuk menjatuhkan kerajaannya dengan memintanya supaya berhenti daripada mengigau kerana sudah mencapai cita-citanya sejak sekian lama.
“Semalam saya dengar ada seorang bagitau bahawa saya mimpi tiap-tiap minggu, saya nak maklum kepada beliau (Anwar) saya tak pernah mimpi pun tiap-tiap minggu. Saya nak beritahu yang hang (kamu) mengigau tu pasai (sebab) apa, saya tak cakap apa pun.
“Sejak dia jadi perdana menteri, saya cakap hanya dalam Parlimen bagitau dia hang la (kamu sekarang) ni bukan lagi ketua pembangkang, yang jadi ketua pembangkang saya dan yang nak buat cerita bukan-bukan pasai apa,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka PAS Pusat di Kompleks PAS Kedah, Alor Setar, hari ini.
Hamzah mendakwa Anwar mengigau kerana takut dengan kedudukannya sebagai perdana menteri mungkin akan diambil alih.
Terdahulu, Anwar mencabar pembangkang supaya membawa akuan bersumpah (SD) sekiranya memiliki sokongan mencukupi untuk dibuktikan di Parlimen.
Ini selepas terdapat cakap-cakap ada gerakan dicetus PN untuk menumbangkan kerajaan campuran diterajui Pakatan Harapan dan UMNO.
Menjelas lanjut, Hamzah berkata, disebabkan Anwar yang memintanya untuk bermimpi dan mengigau membentuk kerajaan, maka dia mengajak semua pihak untuk berdoa agar perkara itu menjadi kenyataan.
“Saya selama ini relax (tenang) sahaja, tak pikiaq (fikir) apa pun tapi la (sekarang) ni dia suruh saya mimpi, cita-cita. Kita semua berdoa semoga apa yang dia katakan bahawa kita ada nombor, angka atau jumlah itu akan tercapai untuk kita ambil alih (kerajaan) daripada dia, padan muka dia.
“Kita doa lah sama-sama perjuangan kita dirahmati Allah kerana kita tahu hari ini rakyat tertunggu-tunggu masa depan lebih baik. Kalau dulu depa kata (kita) kerajaan yang kurang baik, hari ini nak maklum kerajaan yang ada lebih teruk daripada mana-mana kerajaan yang sebelum ini,” katanya lagi.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment