NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Siti Bainun tenang biarpun diperintah ke penjara serta-merta

Wanita berusia 31 tahun itu juga dilihat tenang ketika Hakim Izralizam Sanusi menyatakan tindakannya mengabai dan menganiaya seorang remaja sindrom Down dikenali Bella, dua tahun lalu sebagai kejam. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar


PUTRAJAYA: Meskipun diperintah untuk menjalani hukuman penjara 12 tahun secara serta-merta, riak wajah pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali tidak menunjukkan sebarang perubahan yang ketara.
Wanita berusia 31 tahun itu juga dilihat tenang ketika Hakim Izralizam Sanusi menyatakan tindakannya mengabai dan menganiaya seorang remaja sindrom Down dikenali Bella, dua tahun lalu sebagai kejam.
Ia berbeza dengan wataknya ketika di peringkat pendakwaan mahupun pembelaan, kerana sering menangis dari kandang tertuduh.
Insiden pertama berlaku pada 17 Jun 2022 apabila Bella sendiri hadir ke mahkamah untuk sesi pengecaman oleh tiga saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes itu.
Dia juga menangis pada 24 November 2022, apabila diperintahkan untuk membela diri atas dua pertuduhan itu.
Paling menarik perhatian netizen apabila air matanya berguguran sekali lagi pada 16 Januari, apabila kesemua peguamnya daripada lima firma, menarik diri daripada mewakilinya.
Sejurus keputusan dibacakan, Siti Bainun yang hadir ke mahkamah dengan memakai baju blaus kuning dan berseluar hitam memeluk ahli keluarga serta rakan-rakannya yang berada di galeri awam.
Mereka hiba kerana tidak menyangka Siti Bainun perlu menjalani hukuman penjara hari ini.
Berbeza pula dengan penyokong Bella apabila mereka meluahkan rasa syukur di atas keputusan tersebut. Kedengaran laungan ‘ALLAHU Akbar’ selepas mahkamah memerintahkan Siti Bainun dibawa ke penjara.
Tidak menunggu lama, dia terus dibawa oleh anggota polis wanita sambil ditemani peguamnya, Mohammad Farhan Maaruf ke kaunter Pesuruhjaya Sumpah Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, untuk menandatangani dokumen berkaitan prosiding ini. -- Sinar Harian



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo