NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sifar aduan: Petugas pembersihan MBKT terima bonus

Foto daripada Facebook Dato' Dr. Alias Razak.



KUALA TERENGGANU:
 Sebanyak 196 petugas pembersihan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menerima bonus sebanyak RM300 sebagai pengiktirafan terhadap mereka yang menjaga kebersihan bandar raya itu sempena Aidilfitri lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Dr Alias Razak berkata bonus itu buat julung kalinya diberikan setelah bandar aya itu mencapai sasaran ‘sifar aduan’ berhubung isu sampah pada sambutan perayaan itu.

“Saya beberapa kali bertemu Datuk Bandar (Rosli Latif) dan sungguh-sungguh minta supaya peristiwa raya tahun lepas tidak berulang kerana kita menjangkakan kali ini ramai anak perantau pulang beraya, dan macam disebut tadi bilangan sampah meningkat sekali ganda raya kali ini.

“Beberapa strategi diatur oleh beliau dan kakitangan untuk pastikan isu ini (sampah) dapat diselesaikan. Antaranya kerahkan seluruh tenaga kerja MBKT dan jentera Pejabat Daerah Kuala Terengganu serta Kuala Nerus untuk bentuk satu pasukan yang mantap agar masalah ini dapat diselesaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Apresiasi dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama petugas kebersihan MBKT di sini, malam tadi.

“Alhamdulillah sasaran yang kita tetapkan tercapai iaitu salah satunya tidak mahu ada sebarang aduan berkenaan sampah di bandar raya ini. Bagi pihak saya, dan Datuk Bandar serta Menteri Besar (Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar) kami tidak terima sebarang aduan dari orang awam.

“Bagi saya itu satu pencapaian seratus peratus. Jadi, atas rasa kebersamaan kita beri bonus tersebut dan hargai mereka dalam majlis pada malam ini dengan harapan mereka akan terus bermotivasi dan terus cemerlang,” katanya.

Menurut Alias lagi, kontraktor yang dilantik menguruskan sampah di tiga zon pembersihan di negeri itu termasuk di Kuala Terengganu telah ditamatkan kontrak kerana tidak cekap dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab tersebut diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan. – BERNAMA


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo