NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Separuh rakyat Malaysia terima rasuah sesuatu normal'

Bridget (dua dari kiri) ketika berucap siri kedua kuliah umum bertajuk Rasuah Sebagai Masalah Politik di Auditorium Tun Mohamed Suffian, Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya (UM) pada Sabtu.



KUALA LUMPUR - Separuh rakyat Malaysia menerima bahawa amalan rasuah sebagai sesuatu perkara yang biasa di negara ini.

Penyelidik Bersekutu Kehormat, Universiti Nottingham Malaysia, Dr Bridget Welsh berkata, ia berdasarkan kajian Asian Barometer Survey yang menunjukkan golongan berpendapatan rendah dan tinggal di kawasan luar bandar cenderung mempunyai pemikiran sedemikian.

"Kerajaan perlu menangani punca yang berlaku ini dan mengenal pasti sebab kenapa penerimaan rasuah dianggap normal dalam kalangan masyarakat.

"Ini kerana mereka fikir rasuah membantu mereka. Jadi kerajaan perlu mencari jalan penyelesaian baik untuk memastikan rasuah sebenarnya bukan sesuatu yang membantu masyarakat seperti derma tajaan dan sebagainya.

"Tetapi kerajaan boleh menyediakan sistem kebajikan lebih baik kepada rakyat supaya tidak merasakan bahwa rasuah sebenarnya adalah suatu cara yang dapat membantu mereka (keluar dari kemiskinan)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas siri kedua kuliah umum bertajuk Rasuah Sebagai Masalah Politik di Auditorium Tun Mohamed Suffian, Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya (UM) pada Sabtu.

Turut menjadi panel ialah Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung dan Pengurus Kanan, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Aira Azhari manakala May Leong bertindak sebagai moderator.


Mengulas lanjut, Bridget berkata, kerajaan perlu memahami sebab dan punca mengenai rakyat yang berpandangan sedemikian.

Menurutnya, golongan miskin memberi tumpuan kepada kelangsungan hidup dan apabila sesuatu derma diterima ketika kempen pilihan raya maka mereka menerima wang diberikan itu.

"Kita perlu sedar bahawa jangan salahkan orang yang mengambil wang tetapi salahkan orang yang memberikan mereka wang," ujarnya.

Dalam pada itu, Bridget mendakwa masyarakat di pedalaman sebagai contoh di Sabah menganggap pemberian duit dan derma itu adalah suatu amalan biasa.

"Ini adalah sebahagian daripada rezeki mereka. Jadi kerajaan perlu mencipta peluang pekerjaan lebih baik supaya mereka dapat bertahan dan teruskan kehidupan.

"Kita tidak mengubah pemikiran mereka dengan hanya sekadar bercakap tetapi perlu beri alternatif apa yang terbaik untuk ubah kehidupan mereka," ujarnya.


Sumber | Sinar Harian 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo