Menurut Muhammad Sanusi, ia kerana pihaknya berpandangan peruntukan tersebut sebenarnya melibatkan projek-projek pembangunan Kedah yang diumum dan diusahakan oleh kerajaan terdahulu.
“Saya difahamkan projek itu adalah projek sambungan, ada projek RMK-12 (Rancangan Malaysia Ke-12) yang belum disiapkan dan disambung. Perkara rutin, bukan benda baharu dan kalau beliau bawa perkara baharu, RM1.6 bilion itu kita pun nak tahu apa?
“Saya taklah teruja sangat sebab dengar pelan RMK-12, pelan semua benda sudah ada dalam jadual. Diumum semula bukan benda baharu, kalau umum benda baharu saya nak dengar juga. Mai jual benda macam itu bila orang reti tak lakulah, orang tak reti lakulah,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan EXCO di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan pimpinannya memperuntukkan sekitar RM1.6 bilion bagi Kedah melalui Belanjawan Madani 2023.
Walau bagaimanapun menurut Muhammad Sanusi, pihaknya mengalu-alukan pandangan Anwar yang menegaskan bahawa kerajaan pimpinannya sama sekali tidak akan menganaktirikan empat negeri pembangkang di bawah Perikatan Nasional (PN). – KOSMO! ONLINE
No comments
Post a Comment