NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saifuddin enggan beri penjelasan berkenaan isu kalimat Allah



Keptuusan menarik balik rayuan berhubung isu penggunaan kalimah Allah sudah dimaklumkan kepada Kabinet kerajaan campuran, kata Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Menteri Dalam Negeri itu berkata keputusan KDN membabitkan keputusan menarik balik rayuan pengunaan kalimah suci umai Islam itu sudah diketahui Jemaah Menteri yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya sedar mengenai perkembangan itu. Saya sudah mengemuka nota kepada Jemaah Menteri beberapa bulan lepas mengenai tajuk (isu rayuan penggunaan kalimah Allah) ini.

“Nota jemaah menteri, dia ada dua bahagian. Kalau kamu mahu keputusan, ia adalah Memo Jemaah Menteri atau lain-lainnya adalah nota. Bermakna kami maklum kepada Kabinet mengenai keputusan KDN.

“Dalam kes ini, ia adalah keputusan dibuat KDN dan sudah dimaklum kepada Kabinet,” katanya dipetik laporan BH.

Saifuddin mengulas berhubung tindakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, sebelum ini.

Media hari ini melaporkan, KDN dan kerajaan Malaysia menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat pada 10 Mac 2021 selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill yang memohon perisytiharan mengenai hak Perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan.

Notis pemberhentian rayuan semakan kehakiman itu difailkan Pejabat Peguam Negara di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya, pada 18 April lalu.

Ditanya alasan KDN menarik semula rayuan berkenaan, Saifuddin berkata, akan menghuraikan mengenai isu itu pada satu sidang media dalam masa terdekat.

“Kalau boleh bagi kami teliti balik dan akan kembali dengan fakta kepada media. Isunya keputusan mahkamah berkait penggunaan kalimah Allah yang sudah sampai kepada mahkamah yang di atas.

“Saya pilih untuk tidak memberikan penjelasan hari ini. Saya akan nyatakan dalam sidang media terdekat ini,” katanya.


Sumber I Agenda Daily 


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo