Bekas Senator Datuk Dr Muhammad Nur Manuty dilantik sebagai Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berkuat kuasa hari ini.
Untuk rekod, Muhammad Nur Manuty diketahui umum merupakan sahabat baik kepada Perdana Menteri (PMX), malah terlibat aktif dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama-sama Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dan perdah menjadi salon PKR di Parlimen Bagan Serai sebelum ini.
Ketua Pengarah IKIM Prof Madya Dr Mohamed Azam Mohamed Adil menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan itu dibuat Anwar, berikutan Pengerusi IKIM sebelum ini Prof Emeritus Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan meninggal dunia pada 23 Feb lepas, menurut laporan Bernama.
“Sebagai seorang tokoh ilmuan yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan, pemikiran, falsafah, perbandingan agama dan pengurusan, pelantikan beliau sebagai Pengerusi IKIM akan mampu melonjak kecemerlangan IKIM sebagai sebuah institusi pemikir dan penyelidikan yang disegani di Malaysia dan dunia antarabangsa.
Mewakili Ahli Lembaga Pengarah dan seluruh warga kerja IKIM, saya menzahirkan ucapan tahniah atas pelantikan beliau sebagai pengerusi baharu IKIM,” katanya.
Muhammad Nur, 74, memulakan pendidikan di Kolej Islam Malaya di Klang, Selangor sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda Pengajian Islam dalam bidang Usuluddin dan Falsafah, Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM) dari tahun 1970 hingga 1974.
Beliau kemudiannya menyambung pelajaran di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di University of Temple, Amerika Syarikat dari 1978 hingga 1987 dalam bidang pemikiran Islam dan perbandingan agama.
Muhammad Nur juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam di UKM, selain bertugas sebagai Pensyarah Kanan dan Profesor Madya di Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dari 1983 hingga 1999.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Dekan di Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Dekan di Pusat Pengajian Lanjutan dan Khidmat Masyarakat, UIAM selama lima tahun dari 1990.
Muhammad Nur juga adalah mantan Presiden ABIM, bekas Timbalan Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), mantan Ahli Lembaga Pengarah IKIM dan Ahli Majlis Syura Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment