NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Runding dengan kami sebelum naik kadar caruman KWSP, kata pemimpin perniagaan



PETALING tJAYA: Kerajaan digesa berunding dengan pemimpin perniagaan dalam pertimbangan meningkatkan kadar caruman majikan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Wan Choon How, pengarah urusan syarikat kejuruteraan air Howern Wasser, berkata: “Kami tidak menentang peningkatan (caruman). Setakat tahap tertentu, itu langkah yang bagus.”

Bagaimanapun, kenaikan tersebut perlu dilaksanakan secara berperingkat. Kenaikan gaji minimum atau kadar caruman KWSP majikan tanpa peningkatan daya pengeluaran akan mengorbankan keuntungan, katanya.

Majikan pada masa ini dikehendaki mencarum 13% bagi pekerja mereka yang berpendapatan RM5,000 dan ke bawah, dan 12% bagi yang berpendapatan melebihi RM5,000. Pekerja mencarum 11%

Pemimpin pekerja menggesa caruman majikan dinaikkan kepada 20%.

Pada 1 Mei, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, Jemaah Menteri akan membincangkan gesaan untuk menaikkan kadar caruman.

Muhamad Nizam Kassim, pemilik pembekal ayam MNK Global Resources berkata, peningkatan caruman majikan mesti membawa kepada “situasi menang-menang” bagi majikan dan pekerja.

“(Kadar caruman majikan) tidak boleh dinaikkan secara drastik. Apabila majikan berasa terbeban, kemungkinan besar mereka akan mengambil kurang pekerja, malah memecat beberapa pekerja,” katanya kepada FMT.

Presiden Persatuan PKS Malaysia Ding Hong Sing berkata, menaikkan caruman KWSP akan menyebabkan perniagaan menyalurkan peningkatan kos operasi kepada pengguna.

“Jika caruman KWSP (majikan) dinaikkan, harga barangan pasti akan meningkat. Harga produk runcit akan meningkat kerana (kos) overhed meningkat,” katanya.


Sumber I FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo