NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ramasamy enggan mohon maaf kepada Zakir Naik selepas panggil ‘syaitan’ dalam FB



Tiada permohonan maaf dibuat oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy kepada Dr Zakir Naik selepas memanggil pendakwah itu ‘syaitan’ dalam Facebook.

Ramasamy memberitahu mahkamah semasa perbicaraan kes saman Zakir hari ini, permohonan maaf yang dibuatnya sebelum ini adalah kepada orang awam selepas berasakan perkataan yang digunakan terhadap pendakwah itu tidak sesuai, menurut laporan BH.

Pengakuan itu dibuat semasa diperiksa balas peguam bela Zakir, Datuk Akberdin Abdul Kader

Akberdin: Siapa sepatutnya menerima permohonan maaf itu? Kamu panggil plaintif (Zakir) dengan perkataan itu dan permohonan maaf untuknya?

Ramasamy: Tidak (permohonan maaf bukan untuk Zakir). Saya sedar perkataan itu tidak sesuai untuk Zakir, maka saya mohon maaf kerana menggunakan perkataan itu.

Akberdin: Kamu perlu realistik ketika memohon maaf. Kamu panggil Zakir dengan perkataan itu, namun sekarang kamu kata permohonan maaf untuk orang awam. Kamu tidak memanggil orang awam dengan perkataan itu, maka permohonan maaf kepada Zakir?

Ramasamy: Saya tidak mohon maaf kepadanya (Zakir).

Akberdin: Kamu tahu apa maksud logik? Ini tidak masuk akal?

Ramasamy: Saya minta maaf kepada orang awam kerana kenyataan (panggil Zakir ‘syaitan’) tidak sesuai. (Kenyataan di Facebook itu) dipadam, saya mohon maaf dan menyesal.

Pada Oktober dan Disember 2019, Zakir memfailkan dua saman berasingan mendakwa Ramasamy mengeluarkan lima kenyataan memfitnahnya.

Dalam pernyataan tuntutan, beliau mendakwa Ramasamy memfitnahnya pada 10 April 2016, dengan memanggilnya ‘syaitan’ dalam laman Facebook.

Zakir yang bertaraf Penduduk Tetap, berkata Ramasamy memfitnahnya dalam satu lagi kenyataan disiarkan portal berita pada 1 Oktober 2017, dengan mendakwa Malaysia melindungi apa didakwanya sebagai pelarian dari India.

Beliau juga mendakwa pada 11 Ogos 2019, Ramasamy memanipulasi ucapan dibuatnya pada satu majlis anjuran Kerajaan Kelantan, diterbitkan portal berita, pada hari sama.

Pada 20 Ogos 2019, Ramasamy sekali lagi dikatakan memfitnah Zakir dalam kenyataan mengandungi kebencian.

Saman kedua Zakir dibuat kerana mendakwa Ramasamy memfitnahnya apabila mengulas berhubung kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang disiarkan portal berita pada 8 November 2019.

Ketika Akberdin mencadangkan bahawa Ramasamy tidak bersikap jujur dalam memberikan jawapan, Ramasamy menegaskan sekali lagi beliau tidak memohon maaf kepada Zakir.

Akberdin: Maka kamu tidak bersetuju apa kamu cakap ini tidak masuk akal?

Ramasamy: Saya tidak setuju.

Perbicaraan di hadapan Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz, bersambung 16 Jun ini.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo