NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN Selangor: Nurul sedia terima tanggungjawab, fokus khidmat rakyat



KUALA SELANGOR: Penentuan calon bagi Perikatan Nasional (PN) yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor akan ditentukan oleh kepimpinannya.

Justeru, Ketua Srikandi Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tanjong Karang, Nurul Syaz­wani Noh berkata, beliau tidak mahu terlena dengan desas-desus namanya dicadangkan untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurut anak bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar, itu, keputusan tersebut bagaimanapun terletak di tangan kepimpinan parti dan menyerahkan kepada prerogatif mereka untuk membuat keputusan, namun tetap bersedia dengan kekuatan jentera untuk berkempen walaupun tidak tercalon.

“Apabila nama dicadangkan sebagai bakal calon, ia bukan hak saya untuk menentukannya dan terserah kepada kepimpinan pusat. 

“Namun, saya sebagai ahli pimpinan Bersatu secara jelasnya akan terus berbakti bagi membalas budi rakyat di Parlimen ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Ailfitri Keluarga Tanjong Karang di Pasir Penambang di sini, petang tadi.

Jelasnya, meskipun Noh dan Nurul Syazwani, 35, tidak mempunyai kaitan lagi dengan parti lama mereka, UMNO, namun masih mahu terus berkhidmat dan menabur budi kepada rakyat Tanjong Karang.

Utusan Malaysia melaporkan Nurul Syaz­wani disenaraikan bagi kerusi DUN Permatang manakala Yang Dipertua Pas Tanjong Karang, Mohd. Zamri Mohd. Zainuldin bagi DUN Sungai Burong.

Pengerusi Badan Pimpinan PN Tanjong Karang, Datuk Dr. Zulkafperi Hanapi mengesahkan enam senarai calon sudah diserahkan kepada kepimpinan atasan Selangor. Perbincangan lanjut sedang dijalankan dan bergantung kepada pimpinan PN Pusat untuk dimuktamadkan.

Dalam pada itu, Nurul Syazwani memberitahu, beliau akan meneruskan pelaksanaan program kebajikan rakyat termasuk golongan muda sekiranya dipilih menjadi calon kelak.

“Saya yang pernah menjadi Ahli Jawatankuasa (AJK) Puteri UMNO Bahagian Tanjong Karang sebelum ini  aktif terlibat menyertai program seumpama itu.Justeru, saya akan meneruskan khidmat itu termasuk soal pendidikan bagi membela nasib rakyat terutama dalam keadaan ekonomi tidak menentu ketika ini,” ujarnya.

Tambahnya lagi, jentera pihaknya setakat ini bersiap sedia sepenuhnya bagi menghadapi PRN sekaligus memastikan kemenangan PN di Tanjong Karang. – UTUSAN




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo