NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN: Pembahagian keruai PH-BN belum selesai, kata PKR

Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang berkata rundingan kerusi PH-BN berjalan dengan aman dan baik.


Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sudah 95% selesai menguruskan pembahagian kerusi bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Menurut Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang hanya beberapa perkara lagi belum diselesaikan.

“Rundingan kerusi hampir selesai. Cuma ada sedikit sini sana yang belum selesai, tetapi secara amnya rundingan kerusi berjalan dengan aman dan baik,” katanya, lapor Bernama.

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada Projek Hebat II, Wau Rocketery Universiti Sains Malaysia (USM) di Nibong Tebal, hari ini.

Semalam, Ketua Jabatan Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata semua rundingan yang dijalankan diperhalusi dari semasa ke semasa untuk mencapai persefahaman lebih baik sehingga keputusan akhir dapat dimuktamadkan.

“Setiap rundingan berteraskan formula gagasan kerajaan perpaduan demi memastikan pembelaan kepada rakyat serta memacu negara ke arah lebih baik.

“Berhubung pembahagian kerusi, kita ada perimeter yang ditetapkan,” katanya.

Kesemua negeri bersetuju membubarkan DUN masing-masing pada bula depan bagi memberi laluan kepada PRN dijalankan serentak.

Negeri-negeri berkenaan ialah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah, dan Terengganu.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo