NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN: Enam negeri masih kekal sepakat bubar DUN serentak



BANGI, Ahad – Sebanyak enam negeri bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak bagi memudahkan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan pada Julai depan.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kesepakatan dalam pertemuan enam Menteri Besar dan juga Ketua Menteri daripada Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan (PH) yang diadakan pada Februari lalu setakat ini tidak berubah.

Tambahnya lagi jika tidak dilakukan serentak PRN ini akan merisikokan kepada kedua-dua Parti itu.

“Dalam pertemuan itu, kami bincang mengenai perkara (bubar) itu lah. Sekiranya diberikan cuti serentak bolehlah balik mengundi dan itu yang sebaiknya. Saya percaya masih ada persefahaman itu.

“Tidak ada siapa pun buat rancangan apa-apa (selain itu). Saya tak pastilah kalau PH tiba-tiba tukar angin. Kita (PN) masih sama mahukan tarikh pilihan raya yang sama di Kedah, Kelantan, Terengganu,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan jentera pilihan raya PN Kedah sempena Himpunan Jentera Pilihan Raya PN Kedah di Padang Awam Guar Chempedak malma tadi.

Turut hadir bersama, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Ronald Kiandee serta kepimpinan tertinggi PN Kedah.

Dalam pada masa yang sama beliau turut menegaskan bahawa setiap parti akan mempunyai risiko yang lebih tinggi sekiranya PRN ini tidak dilakukan secara serentak dan langkah ini juga merupakan langkah yang baik.

“Ada risiko kalau tak buat sekali, sama ada mereka akan ‘renyak’ kita ataupun kita ‘renyak’ mereka. Jadi lebih baik adakan sekali.

“Ada negeri DUN terbubar sendiri dalam bulan Jun atau Julai. Kedah pada 4 Julai akan gugur sendiri, manakala Kelantan (26 Jun) dan Terengganu pada 28 Jun,” katanya.

Menurutnya lagi, memandangkan setakat ini tiada lagi perjumpaan susulan selepas perjumpaan pertama diadakan, rundingan tersebut masih lagi terpakai selagi tidak ada perubahan diumumkan.

Menurutnya lagi, memandangkan setakat ini tiada perjumpaan susulan selepas perjumpaan pertama diadakan, rundingan tersebut masih terpakai selagi tiada perubahan diumumkan.

“Belum jumpa (kali kedua) cuma ada jumpa di mesyuarat biasa tetapi tak adalah perbincangan khusus mengenai perkara itu, maka masih terpakai rundingan pertama itu,” jelasnya.

Tegas ketua Pengarah Pilihan Raya PN itu, terserah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga untuk menentuka tarikh sebenar PRN selepas kesemua DUN masing-masing bubar.

“Saya pun sudah maklum awal akan bubar DUN minggu keempat Jun. Oleh kerana sudah ada tarikh masing-masing boleh buat kerja. PH pun mula awal gunakan bas (untuk kempen), kita tak ada bas, guna kereta sendiri dan kaedah tradisi seperti perjumpaan dan himpunan, selain tingkatkan lagi media baharu.

“Petugas parti kita tanpa bayaran, tanpa konsert artis, tanpa bas angkut percuma, tak ada makanan percuma. Semua datang ikhlas,” katanya ketika berucap di hadapan 50,000 jentera parti yang dilancarkan bagi setiap daerah terlibat.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi menyifatkan Kedah menjadi tarikan sama ada di pihak PN mahupun PH.

“PN sedang memerintah, PH berhasrat merampasnya. Nak rampas Kelantan, Terengganu mereka tak larat, jadi mula di Kedah. Ingat Kedah ‘kacang pooi’ bukan jalan mudah untuk PH.

“Kita pun tak anggap pakatan mereka itu pakatan yang mudah untuk dihadapi. Kita persiapkan jentera lebih awal, bangkitkan semangat untuk tingkatkan kemahiran petugas pilihan raya PN dan mula laksana kempen yang dibenarkan,” ujarnya.

Pada Jumaat, Barisan Nasional (BN) bersama PH yakin mampu memberi saingan di negeri-negeri yang memiliki majoriti Melayu yang ditadbir PAS di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jentera kedua-dua parti kini berada dalam keadaan siap siaga termasuk memperbaiki kelemahan-kelemahan lalu untuk berdepan saingan PRN.

Presiden UMNO itu juga percaya trend sokongan pengundi akan berubah dalam PRN akan datang berbanding pada PRU15 lalu.


Sumber I Tv Pertiwi 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo