Mereka takut bila pemimpin Melayu berpakat, cakna dan perjuangkan nasib orang Melayu.
Sehingga tergamak membayangkan orang Melayu hidup selesa dengan keistimewaan yang diperuntukkan dan bersikap angkuh dengan kaum-kaum yang lain.
Sedangkan orang Melayu ini sudah banyak berlapang dada dan berkorban.
Kaum mana yang sejak sekian abad sangggup terima orang asing untuk menumpang rezeki di tanah air mereka?
Kaum mana yang rela berkongsi tanah sehingga orang asing boleh mengutip hasil dan menjadi lebih kaya dari mereka?
Sehingga akhirnya mereka yang datang itu terus menetap di sini dan menjadi rakyat di negara ini.
Kini, Malaysia dikenali sebagai sebuah negara berbilang kaum dan orang Melayu terima hakikat itu.
Namun, jika Melayu tergugat mereka wajar diberikan kebebasan untuk bangun mempertahan maruah dan identiti bangsa agar terus dihormati di negara sendiri.
Pertemuan dua tokoh besar ini hanyalah sebahagian daripada grand design agenda penyatuan ummah yang diusahakan oleh PAS selama ini.
Kita doakan agar agenda ini terus subur dan mekar dalam negara ini.
Demi Ummah! – HARAKAHDAILY 3/5/2023
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment