NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PMX enggan tarik balik tuduhan PN ditaja dana judi, dakwa ada asas



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dengan pendirian yang dikeluarkan sebelum ini semasa menuduh Perikatan Nasional (PN) menggunakan wang judi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Anwar berkata tidak akan mengeluarkan dakwaan berhubung dana judi sekiranya tidak asas dan tidak akan menarik balik kenyataan, malah mengalu-alukan sekiranya PN mahu meneruskan saman terhadapnya.

“Tetapi kalau dia hendak teruskan, silakan. Saya tidak akan keluar kenyataan kalau saya tiada asas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Anwar juga berkata siasatan berhubung isu itu melibatkan pelbagai agensi, justeru siasatan atau tindakan hanya akan diambil selepas mempunyai bukti.


Semalam, dilaporkan Pengerusi PN, Tan Muh­yiddin Yassin menuntut Anwar serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf kerana mendakwa PN menggunakan wang judi pada PRU-15 dan akan berbincang dengan peguam berhubung tindakan seterusnya.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dengan pendirian yang dikeluarkan sebelum ini semasa menuduh Perikatan Nasional (PN) menggunakan wang judi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Anwar berkata tidak akan mengeluarkan dakwaan berhubung dana judi sekiranya tidak asas dan tidak akan menarik balik kenyataan, malah mengalu-alukan sekiranya PN mahu meneruskan saman terhadapnya.

“Tetapi kalau dia hendak teruskan, silakan. Saya tidak akan keluar kenyataan kalau saya tiada asas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Anwar juga berkata siasatan berhubung isu itu melibatkan pelbagai agensi, justeru siasatan atau tindakan hanya akan diambil selepas mempunyai bukti.

Semalam, dilaporkan Pengerusi PN, Tan Muh­yiddin Yassin menuntut Anwar serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf kerana mendakwa PN menggunakan wang judi pada PRU-15 dan akan berbincang dengan peguam berhubung tindakan seterusnya.

Sebelum ini, Anwar pernah membayangkan sebahagian dana pilihan raya PN datang daripada syarikat perjudian yang terbabit dengan cabutan khas.

Mengulas lanjut, Anwar menjelaskan, siasatan berkenaan isu itu masih dijalankan oleh agensi bertanggungjawab bagi mengumpul bukti sebelum tindakan sesuai diambil.

“Sudah tentu, ia ada banyak agensi dan siasatan ini apabila ada bukti barulah diambil tindakan. Biarlah agensi itu jelaskan,” katanya menjawab soalan sama ada siasatan berkait isu itu masih diteruskan.

Isu berkenaan berbangkit selepas Anwar ketika sidang medianya pada 5 Disember tahun lalu, membayangkan sebahagian dana pilihan raya beberapa parti Melayu dan Islam datang daripada syarikat perjudian yang terbabit dengan cabutan khas judi.

Sementara itu, dalam jawapan bertulis di Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, memberitahu siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak dapat membuktikan dakwaan parti PN menerima dana daripada syarikat perjudian untuk berkempen dalam PRU-15 lalu.

Susulan kenyataan itu, pemimpin pembangkang bertali-arus mendesak Anwar membuat permohonan maaf atas dakwaannya sebelum ini.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo