NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PMX diarah jawab pembelaan MP Pendang, isu Zahid dalam skandal LCS dibangkitkan



Datuk Seri Anwar Ibrahim diarah menjawab penyataan pembelaan difailkan Ahli Parlimen (MP) Pendang, Datuk Awang Hashim, selewat-lewatnya pada 30 Mei ini.

Arahan itu diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas Awang dalam pembelaannya mempersoalkan mengapa kerajaan campuran tidak menjawab isu Kapal Tempur Pesisir (LCS) selepas Anwar melantik Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Pembelaan pemimpin PAS itu dibuat bagi kes saman fitnah difailkan Anwar kerana mendakwanya bersikap pendendam dan membuat pendakwaan terpilih lebih teruk berbanding ketika pentadbiran pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Peguam bela Anwar, Datuk SN Nair, berkata arahan itu dibuat ketika pengurusan kes berkenaan secara e-review di hadapan Timbalan Pendaftar, Aisyaf Falina Abdullah, pagi tadi.

“Pengurusan kes seterusnya ditetapkan di hadapan timbalan pendaftar pada 31 Mei ini untuk perkembangan status berkenaan.

“Selain saya, Anwar selaku plaintif diwakili peguam, Jaden Phoon Wai Ken dan Wong Guo Jin,” katanya dipetik laporan BH.

Pada 3 April lalu, Awang menerusi penyataan pembelaan mempersoalkan Anwar yang tidak mengarahkan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan atau membuat pertuduhan terhadap Zahid.

Ia susulan Perdana Menteri sebagai Ketua Pembangkang sebelum ini, didakwa amat lantang bersuara hingga menuduh Zahid yang kini Timbalan Perdana Menteri dan bekas Menteri Pertahanan sebagai pemimpin yang perlu menjawab isu LCS.

Pada 3 Mac lalu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) memfailkan saman menerusi Tetuan SN Nair & Partners selaku plaintif dengan menamakan Awang sebagai defendan tunggal.

Berdasarkan penyataan tuntutan, Anwar berkata, defendan dengan sengaja memfitnah walaupun plaintif sudah menafikan secara terbuka dan pada realitinya tidak mencampuri tugas serta kuasa agensi penguatkuasaan dan Jabatan Peguam Negara.

Oleh itu, katanya, dakwaan penyiasatan, penguatkuasaan dan pendakwaan terpilih tidak mempunyai kebenaran, palsu, tidak berasas serta berniat jahat.

Anwar berkata, defendan menyedari sepenuhnya komitmen plaintif yang dibuat kepada masyarakat umum beberapa kali mengenai hasrat dalam membasmi rasuah dan sokongan penuh terhadap kebebasan institusi penyiasatan, pendakwaan serta badan kehakiman.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo