NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PMX beri kredit kepada Zahid, iktiraf UMNO dalam penubuhan kerajaan

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, cikgu dan anak murid.


Peranan anak murid, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi  dihargai Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentukan kerajaan campuran sehingga dapat menjadi Perdana Menteri (PMX) hari ini.

PMX menyifatkan Presiden UMNO itu walaupun diserang banyak pihak tetapi memainkan peranan penting dalam penubuhan kerajaan campuran yang diterajui Pakatan Harapan (PH) dan DAP selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kerana tanpanya keadaan tersebut mungkin berbeza sama sekali.

“Saya tahu, saudara Ahmad Zahid ini antara yang paling kuat diserang, termasuk kepada saya tapi saya nak beritahu.

“Kalaulah tidak kerana komitmen saudara Ahmad Zahid selaku Presiden UMNO dan dukungan ahli-ahli Parlimen UMNO, sejarah kita tentu berubah, jadi kita juga harus iktiraf peranan beliau dan UMNO.

“Juga kalau daripada Yang di-Pertuan Agong sendiri, dalam keadaan kritikal itu, Premier Sarawak Abang Jo (Tan Sri Abang Johari Abang Openg) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang menjadi faktor penentunya,” katanya dipetik laporan BH.

Anwar berkata demikian dalam ucapannya sempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Untuk rekod, Zahid dan UMNO menjadi sasaran serangan PH dan sekutunya semasa kempen PRU-15, malah lagu tema ‘Hoi Ya Hoi’ juga dicipta bagi memberi gambaran parti itu penyakau.

Dalam kempen-kempen PH semasa PRU-15, pelbagai tohmahan dan kecaman dilemparkan terhadap Zahid dan UMNO, label penyamun dan penyakau juga diberikan kepada musuh mereka tersebut.

Dalam program sama, Anwar turut menzahirkan penghargaan kepada 19 parti yang sanggup mengenepikan perbezaan dan permusuhan sejak puluhan tahun hingga membolehkan Kerajaan Perpaduan terbentuk selepas Parlimen tergantung pasca PRU-15.

Tegasnya, semua parti itu berjaya mencari matlamat sama dalam penggabungan iaitu meninggalkan kekacauan dan kerosakan lama bagi membentuk Malaysia baharu yang berteraskan prinsip Madani serta tamadun bangsa dan negara.

“Tanpa komitmen yang ditunjukkan, yang sanggup meleburkan pertarungan dan kehangatan pertarungan lalu, sanggup meleburkan dan memaafkan kenyataan yang terkeluar dalam keadaan suhu politik yang hangat, fobia terhadap parti-parti.

“Kalau tidak ada semangat sedemikian, tidak mungkin kita dapat wujudkan Kerajaan Perpaduan yang mantap ketika ini,” katanya lagi.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo