NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PH terperangkap isu MB Anak Selangor

AHAD lepas dalam majlis Rumah Terbuka PAS Negeri Selangor di Shah Alam, Dato Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah dalam ucapannya mengisytiharkan bahawa jika PERIKATAN NASIONAL menang dalam PRN Selangor tidak lama lagi, PN akan pastikan Menteri Besar Selangor diangkat dengan perkenan Tuanku Sultan Selangor di kalangan anak kelahiran Selangor.

Pentingnya Menteri Besar Selangor ini anak Selangor, demi memastikan sebagaimana Menteri Besar di negeri-negeri lain yang memiliki citra negeri masing-masing, Menteri Besar Selangor juga perlu memiliki citra Selangor. Iaitu memahami dan tahu budaya, selok-belok, duka-nestapa, kemahuan, kehendak dan denyut jantung rakyat Selangor kerana beliau lahir dan dibesarkan di negeri ini.

PH Selangor tercabar kerana Menteri Besarnya bukan anak Selangor. Salahkah kenyataan Sanusi itu?

Malah kata Sanusi bukan sekadar Menteri Besar PH bukan anak Selangor, sebahagian besar anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor atau EXCO, juga bukan anak Selangor. Isunya adalah jawatan Menteri Besar Selangor. 

Dalam penghuraiannya Sanusi terangkan bagi Kerajaan PH Selangor bukan sekadar Menteri Besar, Exco pun ramai bukan anak Selangor. (Ikut rekod selain Menteri Besar, 2 Exco PAN semua bukan anak Selangor, 3 Exco DAP semua bukan anak Selangor dan 2 Exco PKR juga bukan anak Selangor, hanya 3 dari PKR yang anak Selangor dalam MMKN Selangor) 

Terus dalam kegelabahan, dalam mahu menegak benang yang kuyup basah, para soldadu cytro PH termasuk beberapa pimpinan mereka buat serangan balas. 

Kononnya MP-MP atau Ahli-ahli Parlimen PAS Selangor pun bukan anak Selangor. Exco PAS semasa PAS dalam Kerajaan Pakatan Rakyat dulupun ada yang bukan anak Selangor. Nampak tak ligatnya mereka buat putar belit. 

Dalam sidang media sejurus selepas ucapannya malam itu Sanusi menjelaskan isunya jawatan Menteri Besar Selangor. Adapun Exco itu tak mengapalah jika ada juga anak bukan Selangor yang berkelayakan dimasukkan. Janganlah jadi macam PH, Menteri Besar dan Exco majoriti bukan anak Selangor. 

Isunya jawatan Menteri Besar Selangor, tak perlulah belit dan pusing sampai bangkitkan isu jawatan lain.

Soalnya adakah PH selepas ini akan melantik Menteri Besar Selangor dari kalangan anak Selangor sebagaimana kenyataan Sanusi bahawa PN jika menang Selangor PN akan melantik dengan perkenan Tuanku Sultan calon dari kalangan anak Selangor sebagai Menteri Besar atau bagaimana? Jangan dolak-dalik.

ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR
Setiausaha PAS Negeri Selangor

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo