PETALING JAYA: Pertikaian undang-undang selama 16 tahun melibatkan gereja berpangkalan di Sabah dengan Putrajaya berhubung hak menggunakan kalimah “Allah” dalam penerbitan agama dan pendidikan akhirnya menemui noktah.
Sumber berkata, Sidang Injil Borneo (SIB) dan presidennya, Jerry W A Dusing bulan lalu memfailkan notis penamatan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
“Ia difailkan pada minggu ketiga April,” kata sumber itu yang enggan mengulas lanjut.
“Ia difailkan pada minggu ketiga April,” kata sumber itu yang enggan mengulas lanjut.
FMT difahamkan, penarikan balik itu adalah sebagai timbal balas keputusan kerajaan membatalkan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes melibatkan Jill Ireland, seorang wanita Sarawak yang disytiharkan mahkamah mempunyai hak menggunakan istilah “Allah” dalam pendidikan agamanya…Jabatan Peguam Negara telah menghentikan rayuannya pada minggu kedua April.
Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan, ketika dihubungi FMT, mengesahkan SIB dan Dusing telah menamatkan saman mereka.
“Kami telah sampaikan salinan notis (penamatan),” katanya sambil menambah pihak berkenaan telah memfailkan hujahan bertulis masing-masing sebagai persediaan perbicaraan, yang dijadual berlangsung pada 29 Mei.
Gereja dan Dusing memfailkan permohonan semakan kehakiman pada Disember 2007 terhadap Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan atas hak mereka menggunakan perkataan “Allah” apabila merujuk kepada Tuhan dalam penerbitan agama mereka.
Saman itu dibuat selepas buku agama Kristian berbahasa Melayu mengandungi perkataan “Allah”, yang dibawa masuk dari Surabaya, Indonesia, dirampas Jabatan Kastam di terminal syarikat penerbangan tambang murah di Sepang, pada Ogos 2007.
Buku tersebut telah dikembalikan kepada SIB pada Januari 2008.
SIB, bagaimanapun, turut memohon pengisytiharan mereka mempunyai hak Perlembagaan menggunakan perkataan itu dalam penerbitannya dan untuk tujuan pendidikan.
Pada Mei 2014, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan kebenaran gereja memulakan prosiding semakan kehakiman, namun keputusan itu telah diterbalikkan Mahkamah Rayuan pada Oktober 2014 - Q4 bukan
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment