NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pertindihan kerusi antara PH-BN Pulau Pinang temui jalan buntu?

SEBERANG PERAI – Pertindihan kerusi melibatkan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang dan Barisan Nasional (BN) negeri antara sebab rundingan pembahagian kerusi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) masih belum mencapai kata putus.

Pengerusi BN negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir walau bagaimanapun berkata, kedua-dua pihak tetap kekal tenang dan bertolak ansur dalam isu pembahagian kerusi demi Kerajaan Perpaduan.

“Kita sudah bincang dua kali tetapi ada isu yang sudah selesai dan ada masalah berbangkit yang belum (selesai).

“Saya tak mahu nak kata itu ini kerana masalah tidak akan selesai, tetapi PH pun bertolak ansur dengan kita, bukannya kekal ‘demand’ dengan apa yang mereka nak,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai perkembangan hasil pertemuan kedua-dua gabungan itu semalam.

Ketika ditanya mengenai kerusi yang diminta khusus buat calon UMNO, Musa menegaskan pihaknya menjalankan perbincangan dan bukannya meminta kerusi seperti yang didakwa. – KOSMO! ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo