NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengundi Melayu perlu keluar mengundi pada PRN, Jika tidak mahu calon “berniat jahat” dipilih - Mahathir



Pengundi kaum Melayu digesa keluar mengundi dan menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan di enam negeri nanti, gesa Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri dua kali itu berkata pengundi Melayu perlu mengambil berat politik mereka dan menunaikan hak demokrasi yang termaktub dalam Perlembagaan negara jika tidak mahu calon “berniat jahat” dipilih pada PRN nanti.

“Ramai orang Melayu yang berpendapat politik membosankan. Oleh itu apa gunanya mengundi dalam pilihan raya.

“Sama ada politik bosan atau tidak, hakikatnya ialah undi menentu siapa jadi kerajaan.

“Jika orang Melayu tidak undi, yang akan jadi kerajaan ialah orang yang mendapat undi. Dan undi ini datang dari pengundi yang telah disogok oleh parti dan calon yang berhasrat mencari kekayaan dengan menjadi kerajaan,” katanya dalam kenyataan.

Ujarnya lag, tindakan tidak mengundi adalah sama dengan mengundi calon yang bergantung kepada sogokan.

“Kita sudah lihat bagaimana calon yang tidak baik apabila menang dan mendirikan kerajaan telah curi berbilion ringgit duit kerajaan, merosakkan parti dan pemerintah dan menjadi Malaysia sebagai ‘kleptokrasi’ iaitu negara yang diperintah oleh pencuri dan penjenayah.

“Mereka yang bergantung kepada sogokan bukanlah calon yang bersih. Jika mereka mendirikan kerajaan, mereka akan salah guna kuasa dan mencuri.”

Dr Mahathir berkata mereka yang mahukan kerajaan yang baik harus mengundi calon yang “bersih”, sambil menambah hanya pentadbiran yang dibentuk oleh pemimpin sedemikian akan berkhidmat demi kepentingan bangsa, negara dan agama.

“Jangan bosan dan tidak undi,” katanya.

“Tidak undi bermakna mengundi calon yang berniat jahat, yang akan rosakkan masa depan pengundi.”

PRN akan diadakan di Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu tahun ini.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo