Corak pentadbiran kerajaan campuran yang dilihat caca merba juga tidak disenangi pengundi bukan Melayu, dakwa Datuk Wan Saiful Wan Jan.
Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu berkata jika sebelum ini orang Melayu menolak Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu, keadaan bertambah buruk apabila pengundi bukan Melayu juga sudah tidak senang dengan kerajaan campuran sekarang.
Katanya, umum mengetahui keenam-enam negeri yang bakal mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) memiliki `ranking’ persaingan masing-masing, namun Pulau Pinang antara yang paling mencabar bagi Perikatan National (PN).
“Bagaimanapun, cabaran tidak melemahkan semangat kami apatah lagi apabila sokongan terhadap PN semakin meningkat.
“Berdasarkan kajian yang kita buat, sokongan terutamanya daripada pengundi bukan Melayu semakin bertambah ekoran mereka semakin menyedari pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin ‘cacamarba’.
“Jika sebelum ini PN menyasarkan mahu menjadi pembangkang yang kuat, namun kali ini kita yakin gabungan parti komponen ini berkemungkinan boleh menjadi kerajaan yang lebih baik daripada kerajaan yang ada ketika ini,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.
Terdahulu, lebih 5,000 tetamu hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pusat Khidmatnya di Jeti Pantai Bersih, Bagan Ajam hari ini.
Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, perbincangan mengenai pembahagian kerusi sudah selesai biarpun belum dimuktamadkan di peringkat pimpinan PN Pusat.
“Biasalah, dalam perbincangan pastinya ada hujah dan pandangan masing-masing, tapi kita berjaya mencapai persefahaman untuk pembahagian kerusi.
“Kita juga ada berbincang mengenai nama-nama calon yang disenaraikan akan bertanding tetapi apapun, keputusan akhir senarai pemilihan bergantung kepada penilaian di peringkat tertinggi.
“Kita bermesyuarat hampir setiap bulan bagi menyusun gerak kerja untuk melancarkan PRN nanti,” katanya lagi.
Untuk rekod, sejak mengambil alih tampuk pemerintahan, kerajaan campuran berdepan dengan kritikan teruk susulan kegagalan menangani isu melibatkan kepentingan rakyat.
Kebelakangan ini juga, kerajaan campuran sibuk membuat lantikan politik yang menimbulkan kecaman banyak pihak kerana memungkiri janji semasa kempen PRU yang lalu.
Selain itu, kerajaan campuran juga terpalit dengan beberapa isu salah guna dan kuasa melibatkan anggota Kabinetnya, pihak berkuasa juga sedang menyiasat beberapa pegawai menteri berhubung beberapa isu rasuah ketika ini.
Sumber I Agenda Daily
L
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment