Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah |
TANAH MERAH - Penempatan dan kawasan bercucuk tanam Orang Asli di negeri ini tidak diusik.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kerajaan negeri mempunyai dasar yang jelas bagi menjaga dan melindungi hak komuniti itu.
“Jika berlaku kelulusan projek dan sebagainya tidak melibatkan dua kawasan tersebut selain tidak berbangkit isu tanah Orang Asli semakin mengecil.
“Ada lagi kawasan rayau, mengikut dasar seluruh hutan simpan ialah kawasan rayau bagi Orang Asli tanpa mengira luas mana sekali pun,” katanya ketika ditemui di Majlis Penyampaian Geran Hak Milik Tanah Jajahan Tanah Merah di Gobek di sini pada Isnin.
Ujar Nik Amar, Orang Asli boleh memasuki ke mana-mana hutan tanpa perlu lesen berbanding kebiasaan yang perlu mendapatkan kebenaran pihak berkuasa.
Dalam pada itu, katanya, sebarang permohonan gazet sempadan tanah Orang Asli dibuat melalui pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan perlu melalui proses semakan oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG).
“Setakat ini, sudah ada permohonan yang diluluskan dan sebahagian dalam proses penilaian pihak PTG.
“Semakan PTG perlu untuk melihat kawasan berkenaan sama ada sesuai atau bertindih,” katanya.
Akhbar sebelumnya melaporkan lebih 4,000 penduduk Orang Asli di Pos Brooke Gua Musang membuat permohonan gazet sempadan melalui Jakoa susulan dakwaan perkampungan mereka yang terdedah dengan kegiatan pembukaan tanah kebun sayur sehingga menjejaskan kehidupan.
Sumber I Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment