NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS masih kekal berprinsip




SAYA
 membaca kenyataan Pengerusi import PAN Kelantan, Khalid Samad yang seolah risau perjuangan PAS sudah berubah, lari dari asal.

Pertama saya merasa gembira Khalid nampaknya begitu teruja dengan perjuangan PAS sekalipun telah melompat kepada PAN.

Kedua saya ingin ingatkan Perlembagaan PAS tidak seperti PAN. Kita punya cara yang berbeza dalam menentukan dasar parti. PAS masih konsisten dengan teras Majlis Syura Ulamak dan kekuatan ahli melalui medan muktamar dalam menjaga keaslian dasar parti.

Ketiga Khalid perlu berpijak di bumi yang nyata dan menerima PAS yang konsisten dengan prinsip dan tidak sesekali menggadainya dengan semata-mata tawaran kuasa.

Tidak perlu pergi jauh, lihat sahaja PAN hari ini, yang melutut maaf atas prinsip kleptokrat yang terpaksa dibenarkan semata-mata mengekalkan kuasa. Hilang taring, apa lagi prinsip.

Jika boleh Khalid sebutkan apa dasar yang berubah hari ini setelah pemergian Tuan Guru Nik Aziz dan Ustaz Fadhil Noor. Atau boleh juga Khalid berikan satu dasar yang berubah setelah PAN meninggalkan PAS?

Terima kasih atas kebimbangan tidak munasabah Khalid terhadap PAS. Betulkan PAN Kelantan dahulu atau kalau setara itu sahaja idea Pengerusi PAN Kelantan, lebih baik berikan laluan kepada pimpinan PAN Kelantan menerajui kepimpinan negeri tanpa perlu import luar yang tidak seberapa ideanya.

Saya senang untuk bertegas, PAS masih kekal dengan prinsip dan Tuan Guru Presiden PAS hari ini mewarisi legasi ulamak terdahulu dalam memandu perjuangan ke mercunya.

Salam hormat.

MOHAMAD KAMAL MOHAMED
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan – HARAKAHDAILY 5/5/2023


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo