NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS kekal dengan PN, minta Kit Siang nasihat PMX jangan kuat menipu



Tawaran untuk menyertai kerajaan campuran dibuat oleh veteran DAP Lim Kit Siang ditolak PAS.

Ketua Penerangan PAS, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata tawaran Kit Siang tidak akan dilayan kerana mereka akan kekal bersama Perikatan Nasional (PN) dan meminta supaya menasihati Perdana Menteri supaya jangan kuat menipu rakyat.

“Kami komited dengan Perikatan Nasional.

“Boleh minta Lim Kit Siang untuk nasihat kerajaan campuran Madani dan PM10 supaya tidak menipu rakyat dan beri janji-janji kosong,” katanya dipetik laporan MalaysiaNow.

Khairil Nizam juga menegaskan PAS akan bersama Bersatu dalam gabungan PN untuk melawan Pakatan Harapan (PH)-UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Terdahulu, Kit Siang menawarkan kepada PAS untuk bersama dalam kerajaan campuran dengan meletak dua syarat.

Pertama, Kit Siang berkata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang harus menghentikan permusuhan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan membuktikan keikhlasannya terhadap perdamaian itu.

Kedua, Hadi perlu berjanji agar tidak lagi melemparkan tohmahan tidak berasas terhadap DAP dan sekiranya bersetuju, PAS perlu dijemput menyertai kerajaan campuran.

Kit Siang berkata langkah perdamaian ini juga siring dengan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bahawa Malaysia memerlukan kestabilan politik untuk menjadi sebuah negara yang progresif dan makmur.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tahun lalu, PAS memenangi 49 daripada 222 kerusi Parlimen, yang terbanyak daripada semua parti tunggal.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo