NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Paras Sungai Muda menurun, beberapa kawasan di P.Pinang alami gangguan air

PARAS air Sungai Muda di Pulau Pinang menurun dengan mendadak ekoran berlaku kerosakan pintu kawalan air (pintu barrage) Sungai Muda sekali gus boleh menyebabkan gangguan bekalan air di beberapa kawasan di negeri itu bermula hari ini.


GEORGE TOWN: Pengguna air di beberapa kawasan di Pulau Pinang akan mengalami tekanan air rendah atau tiada bekalan air bermula hari ini sehingga Rabu ini susulan penurunan mendadak paras air Sungai Muda awal pagi tadi.

Menurut kenyataan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), penurunan mendadak paras air Sungai Muda di muka sauk Lahar Tiang pukul 5 pagi tadi itu menyebabkan pengeluaran Loji Rawatan Air Sungai Dua (LRA) terjejas.

Katanya, PBAPP telah menyalurkan air dari Empangan Mengkuang sebagai tindakan kecemasan buat masa ini.

“Bagaimanapun, jumlah air yang disalurkan dari Empangan Mengkuang masih tidak mencukupi untuk menampung penurunan mendadak paras air Sungai Muda.

“Oleh itu, pengguna dinasihatkan untuk menyimpan air dengan secukupnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Difahamkan, penurunan paras air Sungai Muda itu berpunca daripada kerosakan pintu kawalan air (pintu barrage) Sungai Muda.

Kejadian itu turut menyebabkan Syarikat Air Darul Aman (SADA) mengeluarkan notis berlaku gangguan air tidak berjadual di tiga daerah di Kedah iaitu di Kuala Muda, Kulim dan sebahagian kawasan di Baling.

Menurut PBAPP, buat masa ini, LRA Sungai Dua tidak dapat beroperasi secara normal untuk merawat air 1,000 juta liter sehari (JLH) untuk dibekalkan ke kawasan Seberang Perai dan kawasan di sekitar negeri ini.

”Buat masa ini, tahap pengeluaran LRA Sungai Dua terhad kepada 600 hingga 650 juta liter sehari sehingga keadaan air mentah di muka sauk Lahar Tiang mencapai simpanan 100 peratus (berdasarkan pemulihan paras air di Sungai Muda),” katanya.

Tambahnya, jurutera-jurutera PBAPP bekerja keras memulihkan bekalan air mentah di muka sauk Lahar Tiang dan pengeluaran air terawat di LRA Sungai Dua boleh pulih sepenuhnya.

”PBAPP akan sentiasa mengemas kini maklumat kepada pengguna-pengguna air Pulau Pinang,” katanya. – UTUSAN




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo