SEBAHAGIAN ahli akar umbi yang masih bersama Umno diminta meninggalkan parti itu kerana ia telah hilang matlamat dan tujuan penubuhannya.
Bekas Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris berkata Umno ketika ini hanyalah alat politik bagi kepentingan pemimpin parti itu semata-mata.
“Parti politik hanyalah alat untuk mencapai matlamat dan tujuan. Jadi
tidak kisah parti politik apa pun yang ada asalkan matlamat dan
tujuannya jelas untuk agama, bangsa dan tanah air.
“Jadi saya seru kepada seluruh ahli Umno terutama akar umbi yang ada
untuk meninggalkan parti ini. Hijrahlah kepada parti PAS atau sertai PN.
“Atau anda ambil pendirian seperti saya yang tidak menyertai mana-mana parti tetapi menyokong PAS dan PN sebagai ‘kenderaan’ untuk mencapai matlamat dan tujuan demi agama, bangsa dan tanah air,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.
Wan Muhammad Azri yang dikenali sebagai Papagomo berkata hari ini
orang Melayu tidak lagi menyokong Umno kerana parti itu telah
mengkhianati amanah yang orang Melayu berikan sejak tahun 1946.
“Akar umbi Umno juga sudah semakin ramai meninggalkan parti setelah
Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengadai prinsip parti ini
kepada DAP,” katanya. – Malaysiapost
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment