NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAN mangsa kedua koalisi madani




“SAYA
 mewakili Amanah memohon maaf kepada Umno.”

-Salahudin Ayub, 30 April 2023.-

Kita masih ingat sebab kenapa PAN (yang asalnya Parti Pekerja) ditubuhkan untuk menjadi parti Islam alternatif di Malaysia. PAS sebagai parti fundamentalis dikatakan tidak lagi relevan apabila membawa pendekatan mesra Umno dan menolak kerjasama dengan DAP. Bahkan ada pemimpin PAS yang dituduh menerima duit Umno.

PAN ditubuhkan atas dasar menolak tindakan PAS yang dikatakan bersekongkol dengan Umno pada 2015.

Antara siri-siri kenyataan pimpinan PAN terhadap PAS soal hubungan dengan Umno adalah seperti berikut:

https://www.astroawani.com/berita-politik/dulu-nafi-kini-pas-dengan-umno-amat-mesra-mat-sabu-196977?amp=1

https://www.astroawani.com/berita-politik/cinta-umno-terhadap-pas-berbalas-salahuddin-182022?amp=1

https://ohmedia.my/umum/mat-sabu-sedih-melihat-pas-bersama-umno/amp/

https://www.utusanborneo.com.my/2019/02/04/kerjasama-pas-umno-benar-benar-wujud

Pemikiran mereka mempunyai dua masalah. Yang pertama pada waktu itu PAS tidak bekerjasama pun dengan Umno, cuma ada beberapa isu dan perkara PAS dilihat mempunyai kesefahaman dengan Umno. Antaranya dalam konteks memperkukuhkan kuasa politik orang Melayu. Yang kedua, andai PAS memilih bekerjasama dengan Umno pun sepatutnya masih tiada masalah selagimana tidak melanggar batas syarak.

Begitu sempit dan rigid seni berpolitik mereka. Pendekatan politik yang fleksibel telah disalahertikan sebagai dasar parti. Akhirnya akibat politik kurang cerdik, mereka membelakangi baiah dan janji dan bertindak menubuhkan PAN.

Ajaibnya, PRU-15 pemimpin PAN boleh pula bersama Umno. Meredhai lantikan Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri dan terkini sanggup memohon maaf kepada Umno kerana kenyataan Pengarah Komunikasi PAN yang tidak setuju dengan isu pengampunan Najib.

Tidak, PAN tidak boleh guna logik dan hujah PAS dalam membentuk kerjasama dengan Umno. PAS fleksibel dengan kerjasama mana-mana pihak selagi mana mematuhi garis panduan Siyasah Syar’iyah. PAN tidak boleh menerima hujah ini maka sebab itu mereka sanggup tinggalkan PAS.

Namun aneh sekali, prinsip mereka yang begitu rigid akhirnya dijual begitu sahaja. Tanpa ada hujah dan dalil yang kukuh. Kerana mereka tahu, jika mereka pakai hujah, maka mereka akan menggunakan hujah PAS juga akhirnya.

Bezanya, PAS rela bekerjasama selagi mana dalam lingkungan dibenarkan syarak. Manakala PAN, tidak dinyatakan garis panduan. Tahu-tahu dah jadi kerajaan bersama Umno. Sedangkan PAS sebelum memeterai Muafakat Nasional perlu melalui siri-siri syura bagi menghasilkan keputusan yang paling seimbang baik buruk dan paling adil dalam memenuhi kehendak Siyasah Syar’iyah. Jika syarat ini dilanggar maka terputuslah apa-apa kerjasama atau persefahaman politik. 

Rumah yang dibina tanpa asas yang kukuh akan runtuh juga akhirnya. Kalau anda buat rumah tapi isi dengan pasir sahaja bukan simen, tunggu masa sahaja dia nak runtuh. Itulah yang saya boleh samakan dengan situasi semasa kerajaan ‘perpaduan’ sekarang. Mereka boleh cuba menipu pentaksub dan pendukung parti mereka dengan pelbagai hujah penyelamat. Tetapi mereka tak boleh tipu diri mereka sendiri. 

Koalisi politik yang dibina semestinya bagi memudahkan urusan mendapatkan kuasa, tetapi ia juga perlu kepada basis prinsip yang jelas.  Bagaimana pula dengan basis koalisi parti pemerintah perpaduan sekarang? Apa prinsip dan ideologi bersama dipegang mereka? Tidak ada! 

Rumah bernama Malaysia Madani sedang menuju keruntuhan. Hanya kerana bahan binaan sedari awal lagi tidak berkualiti. Runtuhan pertama sudah nampak Februari lepas apabila Umno bertindak menutup ruang pemilihan Presiden dalam parti. Umno mungkin tidak lagi boleh diselamatkan. 

PAN pula kehilangan identiti sendiri. Siapa sangka PAN pula yang menjadi mangsa kedua madani. Selepas ini kita nantikan pula siri rumah runtuh yang lain. PKR jangan disangka aman damai, dimaklumkan bahawa sudah berbulan lamanya Presiden dan Timbalan Presiden PKR tidak bertegur sapa.

NASEER AHMAD MERICAN
Projek Anak Muda Islam – HARAKAHDAILY2/5/2023




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo