NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Muhyiddin sokong proklamasi tapi belum masa ‘duduk semeja’ dengan Dr M, kata pemimpin Bersatu



PETALING JAYA: Belum sampai masanya untuk Muhyiddin Yassin dan Dr Mahathir Mohamad ‘duduk semeja’, meskipun presiden Bersatu itu merestui pemimpin parti menyokong Proklamasi Orang Melayu, kata Razali Idris.

Ketua penerangan Bersatu itu berkata umum tahu hubungan kedua-dua ahli politik itu pernah dilanda krisis.

“Ada krisis di tengah jalan namun ia hanya krisis politik, bukan lebih dari itu. Bukan masa lagi untuk mereka berdua duduk semeja, tetapi akan datang saya akan cuba usahakan,” kata Razali kepada FMT.

Beliau berkata Muhyiddin beri ‘lampu hijau’ kepada pemimpin Bersatu untuk menyokong proklamasi itu atas kapasiti peribadi demi penyatuan Melayu.

Razali antara tiga pemimpin Bersatu selain Timbalan Presiden Ahmad Faizal Azumu dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid.

“Saya tak tahu apa yang tersirat dalam hati Muhyiddin, tapi saya tak nampak dia menentang apa yang Mahathir buat, lagi pun beliau bekas pengerusi Bersatu.”

Mahathir pernah menyifatkan Muhyiddin “pengkhianat” susulan peristiwa Langkah Sheraton pada 2020, yang menyaksikan pentadbiran beliau ketika itu tumbang dan digantikan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Ahli Parlimen Pagoh itu.

Selain pemimpin Bersatu, turut menandatangani proklamasi itu Presiden PAS, Hadi Awang. Penganalisis percaya gandingan Hadi dan Mahathir menerusi Proklamasi Orang Melayu berpotensi mencipta “naratif baharu” dan “sedikit sebanyak memberi kesan” terhadap keupayaan Muhyiddin membawa isu Melayu.

Razali menolak sebarang andaian mengatakan sokongan Hadi kepada proklamasi itu akan menjejaskan Muhyiddin mahupun Bersatu, lebih-lebih lagi apabila pemimpin partinya yang menandatangani proklamasi itu terlebih dahulu.

“Tak timbul sebarang krisis, tak timbul Hadi nak tinggalkan Muhyiddin,” katanya, menyifatkan dakwaan-dakwaan seperti itu hanya mahu menjejaskan ‘persahabatan’ PAS-Bersatu.

Razali menjelaskan bahawa pemimpin Bersatu menyokong proklamasi cetusan Mahathir itu kerana “agenda Melayu”.

“Walaupun dia kalah dalam PRU tetapi dia bawa satu isu yang baik. Dia ada pengikutnya. Kita bersama menyokong,” katanya.


Sumber I FMT Malaysia






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo