Farid Kamil enggan melafazkan talak terhadap isterinya, Diana Danielle. |
Mahkamah Rendah Syariah Petaling menasihati supaya pelakon filem Anwar: The Untold Story, Farid Kamil melafazkan talak terhadap isterinya, Diana Danielle.
Bagaimanapun, Farid enggan menerima nasihat tersebut dan tidak melafazkan talak, ia walaupun keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) menunjukkan bahawa rumah tangga pasangan pelakon itu gagal untuk didamaikan.
Ketika membaca keputusan JKP, Hakim Syarie, Shukran Yusof berkata, Diana Danielle atau nama penuh Diana Danielle Danny Beeson, 32, selaku plaintif menyatakan mahu meneruskan perpisahan kerana tiada persefahaman selain kecewa dengan tuduhan bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.
Menurutnya, dapatan bagi Farid Kamil atau Farid Kamil Zahari, 42, pula memberitahu bahawa dia sebagai defendan tidak bersetuju untuk bercerai kerana masih menyayangi keluarga.
“Defendan mengakui kesalahannya, berjanji untuk memberikan komitmen penuh kepada isteri dan anak-anaknya serta memperbaiki diri.
“Oleh itu, berdasarkan dapatan ini, mahkamah mendapati mereka gagal untuk mencapai satu keamanan,” katanya menurut laporan Sinar Harian.
Susulan itu, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Diana Danielle mencadangkan langkah seterusnya dibuat iaitu proses hakam.
Hakam ialah proses di mana pihak-pihak yang bertikai melantik wakil bagi menyelesaikan pertikaian yang timbul, berlandaskan hukum syarak.
Bagaimanapun, cadangan berkenaan dibantah oleh peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan mewakili Farid Kamil kerana berpendapat bahawa mahkamah perlu mengambil kira, sama ada berlakunya shiqaq dalam pertikaian itu.
Akberdin: Anak guam saya menyatakan tidak dapat hidup bersama lagi, maka ia bukti berlakunya shiqaq.
Hakim Syarie: Selepas membaca laporan JKP, mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak plaintif, berlaku shiqaq dan saya nasihati defendan supaya melafazkan talak, jika kamu bersedia.
Farid Kamil: Saya tidak setuju untuk lafaz talak.
Susulan itu, mahkamah memerintahkan proses seterusnya dijalankan dengan lantikan hakam keluarga dan menetapkan 15 Jun ini sebutan kes dan lantikan hakam.
Mahkamah juga menetapkan tarikh sama untuk sebutan semula kes bagi permohonan nusyuz oleh pelakon filem Anwar itu terhadap Diana Danielle.
Pada 10 Mac lalu, Diana Danielle memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment