NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lin Dan belum bersedia menjadi jurulatih

LIN DAN (kanan) dan Lee Chong Wei ketika hadir dalam majlis Dewan Kemasyhuran BWF di Kuala Lumpur semalam. 


PETALING JAYA: Juara dunia lima kali, Lin Danbelum terfikir untuk menceburi bidang kejurulatihan biarpun selepas tiga tahun menggantung raket dari arena badminton antarabangsa.

Baginya, dia kini lebih selesa memberi tunjuk ajar dan membimbing pemain muda negaranya tanpa terikat dengan sebarang komitmen tetap dengan Persatuan Badminton China (CBA).

Selepas mengumumkan persaraan pada 2020, pemain berusia 39 tahun itu banyak melakukan klip-klip video pendek berkongsi teknik dan ilmu badminton menerusi media sosial.

Selain itu dia juga pernah menjadi juri jemputan untuk program-program hiburan di China.

“Di China ada banyak jurulatih berpengalaman, dan saya rasa kebanyakan mereka sedang menumpukan usaha untuk persiapkan pemain ke Sukan Olimpik Paris tahun hadapan.

“Saya masih merasakan diri saya kerdil (untuk menjadi jurulatih), kerana saya memerlukan lebih banyak masa tetapi saya tetap akan turun membantu jika diperlukan.

“Adakah saya bercadang menjadi jurulatih pada masa datang, saya tidak dapat menjelaskannya. Itu perkara akan datang tetapi ketika ini saya belum memikirkan mengenainya,” jelas Lin Dan ketika sidang media Dewan Kemasyhuran Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bersama seteru utamanya, Datuk Lee Chong Wei di Kuala Lumpur semalam.

Dalam pada itu, Lin Dan percaya persaingan acara perseorangan lelaki membabitkan pemain generasi baharu akan menjadi lebih sengit  terutama apabila kebanyakan mereka sedang berusaha melakukan persiapan ke Sukan Olimpik Paris tahun hadapan.

“Saya rasa sebelum ini (Viktor) Axelsen  pemain yang berada dalam kelas yang tersendiri, tetapi malangnya kini dia mengalami kecederaan ketika bersaing di Piala Sudirman minggu lalu.

“Seterusnya untuk pemain lain, misalnya Lee Zii Jia atau Shi Yuqi, mereka mungkin ada sedikit jurang dengan Axelsen, tetapi untuk saingan Sukan Olimpik Paris tahun hadapan akan ada banyak tekanan.

“Jadi saya rasa pelbagai perkara boleh berlaku, mungkin ada diantar mereka boleh mara ke perlawanan akhir, dan ada kemungkinan mereka juga boleh tersingkir awal, jadi saya rasa tahun hadapan saingan akan lebih sengit membabitkan pemain-pemain generasi baru ini,” tambahnya. – UTUSAN ONLINE




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo