DAP akan membincangkan berhubung kedudukan Ketua Menteri (KM) Pulau Pinang apabila Pilihan Raya Negeri (PRN) berkenaan diadakan.
Pendirian berhubung isu jawatan isu tersebut dinyatakan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke tetapi pada masa sama berkata partinya akan terus menyokong kepimpinan Chow Kon Yeow sebagai KM negeri ketika ini.
“Bila sampai Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti, baru kita bincang semula tentang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.
“Sekarang ini Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang masih belum dibubarkan. Oleh itu, kerajaan negeri di sana masih berfungsi seperti biasa. DAP masih mendukung kepimpinan Kon Yeow untuk terus menerajui negeri,” katanya dipetik laporan BH.
Katanya, kerajaan Pulau Pinang masih berfungsi seperti biasa menerusi kepimpinan Kon Yeow.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen DAP Johor hari ini.
Sebelum ini sebuah portal berita mendakwa kononnya terdapat desakan dari dalam DAP untuk menyekat Kon Yeow daripada kembali menjadi KM selepas PRN akan datang.
Laporan berkenaan mendakwa, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng bakal kembali menerajui kerajaan negeri selepas mendakwa Kon Yeow dilihat tidak berkesan sebagai KM.
Kelmarin, media melaporkan mana-mana bekas KM Pulau Pinang yang berkhidmat selama dua penggal sebelum atau selepas pindaan Perlembagaan Negeri berkuat kuasa, tidak boleh dilantik semula ke jawatan sama.
Kon Yeow dilaporkan berkata Perkara 7 Fasal 2 (a)(ii) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang memperuntukkan KM hendaklah dilantik dalam kalangan individu yang tidak pernah pada bila-bila masa memegang jawatan itu bagi dua penggal.
“Undang-undang itu jelas dan ia bukan sahaja mengikat saya pada masa hadapan tetapi (turut) mengikat mana-mana ketua menteri yang sudah berkhidmat selama dua penggal pada bila-bila masa.
“Peraturan utama dalam mentafsir Perlembagaan ialah apabila bahasa yang digunakan adalah jelas dan tiada pertimbangan luar perlu dirujuk untuk membantu mencari maksud dalam mentafsir Perlembagaan itu.
“Ini kesimpulan yang boleh kita sampaikan kepada rakyat atau pihak yang tidak pasti dan kita pun selalu mendapat pertanyaan mengenai isu ini,” katanya.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment