Dalam kejadian pukul 4.35 petang itu, mangsa Muhammad Sazwan Marzuki berusia 28 tahun mengadu bahagian kepalanya sakit akibat disengat tebuan.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, serangan tebuan disyaki telah berlaku semasa si mati mengendalikan jentera jengkaut yang lama tidak digunakan di mana terdapat sarang tebuan tanah di jentera tersebut.
Katanya pada awal kejadian, abang mangsa bersama seorang kawan telah membawa mangsa ke sebuah klinik swasta di Taman Jaya Padang Serai untuk rawatan awal.
“Namun pihak klinik mengarahkan abang mangsa untuk segera membawa ke wad kecemasan Hospital Kulim,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut Mohd. Redzuan setelah sampai di Hospital Kulim, mangsa diberi rawatan di zon merah bahagian kecemasan, tetapi doktor yang merawat kemudianya mengesahkan yang mangsa telah meninggal dunia.
Ujarnya, anggota Balai Polis Padang Serai sampai melawat mangsa di Hospital Kulim dan menjalankan siasatan serta risikan ke atas keluarga mangsa bagi memastikan kematian mangsa bukan disebabkan kejadian jenayah.
Menurutnya, bedah siasat telah dijalankan pada hari ini kira-kira pukul 10.45 pagi oleh doktor pakar Forensik Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar Kedah.
Tambahnya hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah ‘pending to the lab analys’. – KOSMO! ONLINE
No comments
Post a Comment