NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lapan PATI tidak sempat cari kerja dicekup

LAPAN PATI warganegara Mynamar di cekup semasa sedang bersembunyi di ladang kelapa sawit di Kampung Kubang Binjai, Pasir Mas, Kelantan-UTUSAN/IHSAN POLIS


PASIR MAS: Seramai lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Myanmar tidak sempat mencari kerja di Kuala Lumpur selepas mereka dicekup polis di ladang kelapa sawit di Kampung Kubang Binjai di sini semalam.

Kesemua suspek termasuk seorang wanita berusia dalam lingkungan 17 hingga 30-an itu diberkas semasa mereka berada di ladang terbabit selepas menyeberang Sungai Golok kira-kira pukul 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, siasatan mendapati PATI terbabit masuk secara haram dengan menaiki sampan.

Menurutnya, kesemua PATI itu dipercayai akan dibawa ke Kuala Lumpur untuk bekerja di sana.

“Pemeriksaan mendapati, mereka tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diti yang sah termasuk pasport untuk berada di negara ini.

“Kesemua PATI itu ditahan di Balai Bakong di sini sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kama Azural memberitahu, kesemua suspek direman selama 14 hari bermula semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 51(3) Akta Imigresen 1959/63(Akta 155).-UTUSAN





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo